Utama Mobile Aplikasi Pengeluaran melalui MyDebit akan dikenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

Pengeluaran melalui MyDebit akan dikenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

277
0
Imej dari Rnggt

Pengguna yang membuat pengeluaran tunai melalui fungsi MyDebit Cash Out akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 bermula dari 1 Julai 2022. Menurut laporan oleh Rnggt.com, beberapa bank seperti AllianceCIMBHSBCBank IslamOCBC dan Standard Chartered telah pun mengeluarkan notis pemakluman kepada pengguna-penggunanya mengenai pengenaan caj ini.

Pengeluaran yang dilakukan menerusi MyDebit Cash Out akan dikenakan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi kepada pemegang kad berkenaan. Sebelum ini, penggunaan fungsi tersebut ditawarkan secara percuma. PayNet, penyedia perkhidmatan MyDebit Cash Out untuk pelbagai bank di Malaysia setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Untuk makluman, MyDebit Cash Out merupakan ciri yang membolehkan pengguna membuat pengeluaran tunai dari akaun bank secara terus melalui pihak ketiga yang sah. Justeru, mengurangkan keperluan pengguna untuk membuat pengeluaran tunai di mesin ATM pada masa-masa tertentu.

Pengguna boleh membuat pengeluaran di dalam negeri melalui terminal tempat jualan (point of sale, POS) dengan menggunakan kad debit. Setiap pengeluaran yang dilakukan menerusi fungsi MyDebit Cash Out hanya dihadkan pada RM500 sahaja bagi setiap transaksi.

Lain-lain bank seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan beberapa bank lagi masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini. Pengguna-pengguna perkhidmatan ini melalui bank-bank berkenaan perlu mengambil maklum mengenai pelaksanaan tersebut.

Untuk pengeluaran biasa menerusi ATM-ATM bagaimanapun tidak terkesan terhadap perubahan baharu ini.

SUMBERRnggt
Artikel sebelum iniSamsung Premium Experience Store kini dibuka di Kuala Lumpur, Pertama di Asia Tenggara
Artikel seterusnyaSpesifikasi Xiaomi 12 Ultra tertiris; Dijangka guna Snapdragon 8+ Gen 1, AMOLED LTPO 6.7″, Pengecasan 67W
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.