Utama Android Honor Pengalaman Magis: HONOR Magic5 Pro dijangka menjadi telefon pintar flagship pilihan popular!

Pengalaman Magis: HONOR Magic5 Pro dijangka menjadi telefon pintar flagship pilihan popular!

156
0
HONOR Magic5 Pro KV

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2023 — HONOR Magic5 Pro telah menerima dua anugerah DXOMARK untuk skrin dan kamera berkuasa, sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran flagship mewah. Sejak pelancaran Siri HONOR Magic5 di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, peranti flagship berkuasa ini unggul dengan ciri-ciri teknologi tercanggih dalam pengimejan, skrin, komunikasi dan jangka hayat bateri.

Menjelang pelancaran rasmi di Malaysia pada April ini, HONOR telah memilih puluhan rakyat Malaysia sebagai pengguna pertama merasai pengalaman menggunakan HONOR Magic5 Pro. Pengguna bertuah ini yang digelar sebagai HONOR Magic Experiencers diberi peluang menguji proses pembangunan produk dan antara yang pertama meneroka sistem inovatif Magic OS 7.0. 

Berikut pandangan beberapa HONOR Magic Experiencers tentang pengalaman luar biasa menggunakan HONOR Magic5 Pro!

Siri HONOR Magic5 menerajui teknologi pengimejan tercanggih

Sejak beberapa tahun lalu, pengguna telefon pintar mengalami pengalaman fotografi yang kurang memuaskan akibat masalah lengah atau beku selepas menekan butang pengatup. Ini menyebabkan rakaman yang lengah dan sudah tentu masalah tersebut kurang disukai pengguna. Namun, HONOR berjaya menyelesaikan masalah ini menerusi Falcon Triple Main Camera yang terdiri daripada cache berganda bagi mengurangkan masa lengah kepada maksima 1,500 milisaat. 

Bagi menambah baik pengalaman fotografi, teknologi AI kamera tersebut memilih imej terbaik dari gambar-gambar sama yang dirakam dalam tempoh sesaat sebelum dan 0.5 saat selepas butang pengatup ditekan. Ini bagi memastikan proses tangkapan gambar yang lancar agar memberi gambar berkualiti seperti diharapkan pengguna terhadap kamera telefon pintar flagship.HONOR Magic5 Pro Cat

HONOR Magic Experiencer Wildan Toh meluahkan rasa kagum terhadap ciri tangkapan Falcon HONOR Magic5 Pro. “Telefon pintar luar biasa ini mengubah setiap pergerakan menjadi seperti dalam filem aksi dengan merakam momen yang jelas dalam sekelip mata,” katanya. Malah, Toh turut berkongsi sekeping gambar diambil menggunakan HONOR Magic5 Pro yang berjaya menangkap seekor kucing melompat dari kerusi dengan sempurna.

Seorang pengguna yang berpuas hati, Alan Ong menggambarkan ciri-ciri HONOR Magic5 Pro sebagai ‘magis’. “Saya terkejut melihat setiap butiran dalam gambar dirakam dengan jelas. Peranti ini menawarkan cara mudah menangkap gambar dengan profesional dan berkualiti,” katanya.HONOR Magic5 Pro_2

Edmund JP pula tertarik dengan ciri tangkapan Falcon yang dibantu AI pada HONOR Magic5 Pro kerana berupaya merakam pergerakan berkelajuan tinggi dan ‘bekukan’ pergerakan bilah kipas dengan sempurna. Dia menggunakan dua telefon pintar jenama lain sebagai perbandingan dan mendapati kamera peranti tersebut menghasilkan imej bilah kipas sedang bergerak yang kabur. “HONOR Magic5 Pro bukan sahaja terbaik untuk keadaan cahaya rendah tetapi juga terbaik untuk fotografi berkelajuan tinggi. Saya tidak sabar meneroka ciri-ciri lain kamera ini!” katanya.

Wira Hidayat turut mendapati Falcon Capture Algorithm HONOR Magic5 Pro secara automatik mengesan pergerakan dan menangkap momen terbaik menerusi rangkaian AI yang terdiri daripada lebih 270,000 imej. Ciri AI Motion Sensing Capture membolehkan kamera mengesan beberapa siri senario dengan tepat, mengenalpasti titik fokus pada setiap senario dan menangkap momen terbaik secara automatik seperti ketika berlari, melompat atau senyum.

Dengan Ultra-Fusion Computational Optics yang dipertingkatkan, HONOR Magic5 Pro menambahbaik kejelasan imej sehingga 29.5% dan meningkatkan keupayaan pengimejan daripada 3.5x-100x. Hasilnya? Kagumlah terhadap imej terperinci dan jelas yang menakjubkan menerusi panjang fokus penuh.HONOR Magic5 Pro Masjid

Selepas menangkap beberapa siri gambar zum pada waktu malam, Edwin Liew bangga mengelarkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar flagship terbaik bagi 2023. Liew tertarik dengan kamera Telefoto Periskop 50MP peranti tersebut yang menyokong zum optik 3.5x dan zum digital 100x. “Tidak kira seberapa jauh jarak bangunan, HONOR Magic5 Pro berupaya merakam setiap butiran dengan cekap,” katanya.

Bateri sepanjang hari, Siri HONOR Magic5 mempunyai ketahanan bateri ultra lama berbanding telefon pintar flagship lain 

Siri HONOR Magic5 menyerlah menerusi cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai peranti berkuasa dengan menawarkan bateri berketumpatan tertinggi baharu yang seimbang antara berat dengan ketebalan badan. Dengan bateri besar 5100mAh dan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W, siri ini menawarkan jangka hayat bateri tiada tandingan yang pastinya memuaskan hati pengguna.

Seorang lagi pengguna, Foo Tzen Fung berkata sepanjang perjalanan memandu dari Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur, dia menggunakan HONOR Magic5 Pro untuk mendengar Spotify sambil menggunakan Waze. Jangka hayat lama bateri HONOR Magic5 Pro membuat Foo kagum kerana masih mampu bertahan selepas menggunakan peranti tersebut selama 7 jam 43 minit. “Kini, saya tidak perlu risau tentang kehabisan bateri,” katanya. 

Sementara itu, Ahmed Khamis turut memuji ketahanan bateri HONOR Magic5 Pro dan menyatakan peranti ini telah menonjolkan potensi penuhnya menerusi prestasi bateri yang berkuasa. “Selamat tinggal kepada pengecasan sepanjang malam!” katanya. 

Selain HONOR Magic5 Pro, HONOR Malaysia bakal memperkenalkan telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs dalam masa terdekat. HONOR Magic Vs menyasarkan untuk menyelesaikan isu besar tentang rekaan dihadapi pengguna telefon boleh lipat, seterusnya berhasrat menjadi antara pemain kukuh dalam industri antarabangsa.

HONOR Malaysia bakal melancarkan dua peranti flagship baharu pada awal April dan nantikan pengumuman tarikh pelancaran dalam masa terdekat ini. Penggemar teknologi dan peminat boleh menjangkakan pameran teknologi canggih terkini dan produk-produk inovasi HONOR di pelancaran yang dinanti-nantikan ini.

Ketahui lebih lanjut tentang Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs di https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship   

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.