Utama Pengangkutan Awam Pilihan Bayar Tambang Pengangkutan Awam guna Kad Debit dan Kredit akan diperkenalkan

Pilihan Bayar Tambang Pengangkutan Awam guna Kad Debit dan Kredit akan diperkenalkan

541
0
Tambang Pengangkutan Awam Kad Debit Kredit

Orang ramai akan diberi pilihan untuk membayar tambang perkhidmatan pengangkutan awam menggunakan kad kredit dan kad debit masing-masing.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan telah mengarahkan Prasarana meluaskan pilihan pembayaran nirtunai untuk perkhidmatan bas dan rel. Pelaksanaan ini juga akan melibatkan pengendali rel utama yang lain termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Setakat ini masih belum diketahui bilakah pelaksanaan kaedah pembayaran tersebut akan mula dilakukan. Menurut Encik Anthony Loke, proses mengintegrasi ini akan mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk disiapkan. Sebaik berjaya dilaksanakan, Touch ‘n Go (TnG) tidak lagi akan memonopoli pembayaran nirtunai untuk tambang pengangkutan awam.

RapidKL bersama-sama PayNet telah mula meletakkan alat pembaca kad MyDebit di stesen-stesen LRT sejak tiga tahun lalu. Namun, ia masih tidak digunakan sehingga kini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.