Utama Mobile Aplikasi 5 Lebuhraya boleh bayar Tol guna Kad Debit, Kredit menjelang September 2023

5 Lebuhraya boleh bayar Tol guna Kad Debit, Kredit menjelang September 2023

295
0
Plaza-Tol-PLUS-TnG

Tidak lama selepas pengumuman sokongan penggunaan kad debit dan kredit untuk perkhidmatan pengangkutan awam, kini giliran tol-tol di lebuhraya Malaysia pula akan menerima sokongan tersebut.

Pengguna-pengguna di lima lebuhraya tidak lama lagi boleh membayar tol menggunakan kad debit dan kredit menjelang bulan September ini.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, lima lebuhraya berkenaan adalah:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Leburaya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang

Tambah beliau lagi, sistem bayaran terbuka ini merupakan langkah awal ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF). Melalui sistem baharu ini kelak, palang-palang di plaza tol lebuhraya tidak lagi diperlukan nanti.

Bernama melaporkan Menteri Kerja Raya berkenaan menyatakan pembuktian konsep MLFF akan dilakukan akhir Oktober ini. Sistem MLFF ini juga akan dilaksanakan secara berfasa menjelang seawal suku ketiga 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.