Utama Pengangkutan Awam Cadangan Pembinaan Lebuhraya Baharu di Lembah Klang telah diluluskan bagi mengatasi masalah...

Cadangan Pembinaan Lebuhraya Baharu di Lembah Klang telah diluluskan bagi mengatasi masalah kesesakan

370
0

Masalah kesesakan trafik bagi pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang sudah tidak asing lagi. Namun, masalah kesesakan trafik ini kian meruncing sejak kebelakangan ini dengan keadaan pengurusan sistem pengangkutan awam kita yang tidak begitu cekap gagal mengatasi permasalahan ini sejak sekian lama.

Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof baru-baru ini telah mengumumkan pihak kerajaan telah menerima beberapa cadangan dari syarikat swasta untuk pembinaan lebuhraya baharu di Lembah Klang. Dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di bandar-bandar berkenaan, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan sebahagian dari cadangan tersebut dengan selebihnya lagi masih di dalam pertimbangan.

Lebuhraya-lebuhraya yang diluluskan antaranya termasuklah PJD Link, Lebuhraya Putrajaya-Bangi dan KL NODE. Beliau turut berharap syarikat-syarikat berkenaan akan mematuhi segala garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa tiada jaminan pembinaan lebih banyak lebuhraya ini mampu mengurangkan masalah kesesakan trafik memandangkan semakin banyak lebuhraya dibina, semakin banyak kenderaan di atas jalan raya.

Dalam pada masa yang sama, menteri berkenaan turut menyatakan pihak kerajaan terus menyediakan pengangkutan awam kepada orang ramai sebagai pengangkutan alternatif.

Beliau turut menyatakan jika pembahagian penggunaan jalan raya dan pengangkutan awam dipecahkan di antara masing-masing 60% dan 40%, ia mampu mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan trafik. Pembinaan lebuhraya baharu perlu mengikuti perancangan pembangunan berdasarkan kajian selama lima tahun.

Menerusi perkembangan yang berkaitan, penduduk di sekitar Lembah Klang bakal menikmati pilihan pengangkutan baharu apabila fasa pertama Laluan MRT Putrajaya secara rasminya mula beroperasi pada 16 Jun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.