Utama Telco Astro Pakej Pukal Astro dan Maxis kini boleh didapati dengan kelajuan 300Mbps, 500Mbps,...

Pakej Pukal Astro dan Maxis kini boleh didapati dengan kelajuan 300Mbps, 500Mbps, dan 800Mbps

1050
0

Astro dan Maxis telah menjalinkan usahasama menawarkan pakej semua-dalam-satu, kandungan televisyen dan jalur lebar yang dinamakan sebagai Astro & Broadband pada Ogos tahun lalu. Pada ketika ianya mula dilancarkan, pilihan kelajuan yang ditawarkan hanya pada 30Mbps dan 100Mbps.

Kini, pengguna telah ditawarkan dengan kelajuan internet yang lebih pantas melalui pakej Astro & Broadband. Bermula dari hari ini, pengguna boleh memilih di antara lima pilihan kelajuan jalur lebar termasuk pakej 300Mbps, 500Mbps, dan 800Mbps.

Klik sini untuk maklumat lanjut

Dari segi harga, pelanggan Astro sedia-ada boleh menambah pilihan langganan pakej jalur lebar 300Mbps pada kadar RM 149 sebulan. Manakala pilihan pakej 500Mbps dan 800Mbps pula masing-masing ditawarkan pada RM 219 dan RM 299 sebulan. Selain itu, pakej 500Mbps dan pakej 800Mbps turut ditawarkan dengan peranti-peranti sistem Wi-Fi seluruh rumah (mesh Wi-Fi).

Bagi pelanggan-pelanggan baru, harga langgan ditawarkan mengikut pakej masing-masing dari RM 188.95, RM 258.95, dan RM 338.95. Pihak Astro juga turut menawarkan rebat sebanyak RM720 sepanjang tempoh 24 bulan bagi pelanggan baru dan juga yang sedia ada.

Selain itu, bagi pelanggan yang memilih mendapatkan Super Pack atau Super Pack Plus, akan ditawarkan dengan naik taraf ke Astro Ultra Box baru secara percuma.

Layari laman web rasmi Astro untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.