Utama Mobile Telco Kerajaan Negeri P. Pinang cadang guna tiang lampu tepi jalan untuk sediakan...

Kerajaan Negeri P. Pinang cadang guna tiang lampu tepi jalan untuk sediakan Wi-Fi percuma

492
0

Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang memasang “smart street poles” di bawah Pelan Induk Kesalinghubungan Pulau Pinang. Ia dilaksanakan bagi menyediakan akses Wi-Fi percuma dan fungsi telekomunikasi lain ke seluruh negeri.

Pelan ini telah diumumkan semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari. Beliau menyatakan projek ini akan menggantikan  ‘Penang Free WiFi’ (PFW) yang telah ditamatkan pada 2019.

Beberapa tiang lampu jalan pintar telah pun dipasang sebagai sebahagian dari ujian rintis. Projek ini pada asalnya dirancang untuk dimulakan pada tahun lepas, tetapi ditunda berikutan penularan wabak COVID-19.

Pihak kerajaan negeri juga mengadakan usahasama dengan sembilan penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu:

  • Celcom
  • Maxis
  • Digi
  • UMobile
  • Telekom Malaysia
  • TIME dotcom
  • YTL Communications
  • Webe Digital
  • Allo Technology

Selain dari menyediakan akses Wi-Fi percuma, tiang lampu berkenaan juga boleh digunakan untuk tujuan telekomunikasi lain. Ia merangkumi pemantauan CCTV, pemasangan sensor, dan pemancaran telekomunikasi.

Dalam pada masa yang sama, tiang lampu jalan berkenaan juga akan digunakan untuk pemancaran rangkaian 5G apabila dilaksanakan kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.