Utama Mobile Android Oppo mempatenkan rekaan ikon Aplikasi kamera bertindih dengan Lubang Kamera

Oppo mempatenkan rekaan ikon Aplikasi kamera bertindih dengan Lubang Kamera

805
0

Trend rekaan ikon kamera bertindih di atas lubang kamera kini dilihat mula mendapat rentak dan beberapa pengeluar sudah mula mengenalpasti trend ini. Oppo baru-baru dilaporkan membuat permohonan mempatenkan rekaan ini.

Salah satu dari paten-paten berkenaan menunjukkan sebaris ikon aplikasi-aplikasi ditempatkan pada bahagian atas telefon pintar – berbanding kebiasaannya yang menempatkannya pada penjuru kanan sebelah bawah. Kelihatan juga pilihan-pilihan yang membolehkan ikon kamera kekal ditempatnya walaupun selepas pengguna mengebaskan paparan untuk ke ikon-ikon aplikasi yang selanjutnya.

Paten yang kedua pula menunjukkan ikon aplikasi kamera boleh dinyahkunci dari posisinya yang bukan di atas lubang kamera. Ini hanya sekadar menunjukkan bahawa ikon aplikasi kamera ini boleh dialihkan ke mana-mana tempat di dalam paparan telefon pintar berkenaan. Juga, ianya bertindak sebagai salah satu cara untuk mematikan fungsi kamera.

Sungguhpun paten ini dapat menyembunyikan lubang kamera, ianya juga boleh menyebabkan permukaan lubang kamera dikotori oleh cap jari pengguna. Hal ini mungkin bukanlah sesuatu besar bagi pengguna yang jarang-jarang berswafoto, tetapi ianya agak menjengkelkan bagi penggemar fotografi swafoto. Apa pun, sesuatu idea yang dipatenkan pada kebiasaannya tidak semestinya dijadikan sesebuah produk.

Sumber berita diperoleh dari Android Authority

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.