Samsung dikatakan akan menggunakan kerangka titanium untuk barisan produk andalannya tidak lama lagi menerusi siri Galaxy S24 pada tahun hadapan. Maklumat ini dikongsikan oleh pentiris maklumat tegar di X (dahulu dikenali sebagai Twitter) Revengus.
Imej pengolokan di internet menunjukkan Galaxy S24 Ultra akan mempunyai skrin dan bingkai yang lebih rata berbanding model tahun ini. Kini, dikhabarkan model standard dan Plus juga akan menampilkan rekaan yang lebih rata.
Sebelum ini, khabar angin menyatakan Samsung akan mengehadkan penggunaan bahan tersebut pada model Ultra sahaja. Namun, desas-desus terkini tersebut menunjukkan semua model akan menerima penggunaan material tersebut.
https://twitter.com/Tech_Reve/status/1709906722146718034?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1709906722146718034%7Ctwgr%5E89e98fec64d893daa533ed36d3f885a5309a8cf1%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fsoyacincau.com%2F2023%2F10%2F09%2Fsamsung-may-be-following-apple-with-titanium-across-the-galaxy-s24-lineup%2F
Pun begitu, seperti biasa khabar angin ini tidak boleh dianggap sahih selagi tiada kata putus secara rasmi dari pihak Samsung. Dijangkakan Galaxy S24 akan dilancarkan sama ada penghujung Januari atau awal Februari 2024.