Utama Mobile Android Oppo F9 hadir ke Malaysia Ogos ini, tampil paparan bertakuk dan dwi-kamera

Oppo F9 hadir ke Malaysia Ogos ini, tampil paparan bertakuk dan dwi-kamera

1398
0

Tidak sampai empat bulan selepas pelancaran Oppo F7 di Malaysia, Ogos ini bakal menyaksikan sebuah lagi siri telefon pintar Oppo F dilancarkan di Malaysia. Kali ini, model yang hadir dikenali sebagai Oppo F9.

Sebagaimana yang diketahui, Oppo gemar membuat promosi lebih awal bagi peranti-peranti keluarannya yang akan datang melalui iklan-iklan acah yang dikongsikan melalui akaun rasmi media sosial pengeluar telefon pintar berkenaan.

Berdasarkan beberapa foto yang dikongsikan oleh Oppo Malaysia, didapati rekaan paparan Oppo F9 menampilkan takuk yang berbentuk titisan air bagi menempatkan lensa kamera hadapannya. Sesuatu yang agak unik jika dibandingkan dengan rekaan-rekaan telefon pintar Oppo sedia ada.

Turut dikongsikan, foto yang memaparkan rekaan luaran pada bahagian belakang telefon pintar berkenaan yang menampilkan corak segi berbentuk permata.

Dalam perkembangan berkaitan, terdapat sebuah lagi varian yang dikenali sebagai Oppo F9 Pro yang didedahkan oleh Oppo India. Bagaimanapun, tidak dapat diketahui sama ada model ini bakal dilancarkan ke Malaysia kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.