Samsung Galaxy YouTube Premium

Bagi anda yang membuat pembelian telefon Samsung Galaxy, anda mungkin sedia maklum mengenai penawaran keahlian percuma YouTube Premium bersama dengannya.

Tahun lalu, Samsung Malaysia pernah mengumumkan perlanjutannya sehingga 21 Mac 2021. Kali ini, pihak berkenaan berhasrat ingin melanjutkannya sekali lagi dan kini sehingga 5 Mac 2022.

Menerusi usahasama ini, pelanggan Samsung Galaxy baharu bakal menikmati keahlian percuma YouTube Premium sehingga 4 bulan menerusi peranti-peranti Samsung Galaxy yang terpilih.Samsung YouTube Premium

Berikut adalah ringkasan mengenai peranti terpilih tersebut:

  • Galaxy S21, Galaxy S21+, Galaxy S21 Ultra yang telah dibeli dan diaktifkan pada 14 Januari sehingga 5 Mac 2021 akan layak menerima keahlian YouTube Premium selama 4 bulan
  • Peranti premium 2021 (S, Note, Z dan Tab S) yang dibeli dan diaktifkan pada 6 Mac 2021 sehingga 5 Mac 2022 juga akan layak menerima keahlian YouTube Premium selama 4 bulan
  • Lain-lain peranti mudah alih Samsung (tidak termasuk peranti Samsung yang dinyatakan di atas) yang dibeli dan diaktifkan pada 6 Mac 2021 sehingga 5 Mac 2022akan layak menerima keahlian YouTube Premium selama 2 bulan

YouTube Premium dan YouTube Music Premium menawarkan perkhidmatan tontonan video dan muzik yang bebas iklan. Selain itu, ia juga membolehkan anda memuat turun dan menonton video-video yang dipilih secara luar talian.

Turut ditawarkan fungsi memainkan video dan muzik pada latar belakang tanpa perlu ditutup apabila anda membuka aplikasi lain atau memadamkan skrin peranti.

Untuk menebus penawaran YouTube Premium pada peranti Samsung Galaxy anda, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi YouTube app pada peranti Galaxy anda dan pergi ke Account
  2. Klik pada Get YouTube Premium
  3. Klik pada Try it For Free
  4. Lengkapkan transaksi anda
  5. Nikmati video dan muzik YouTube anda tanpa gangguan iklan

Kunjungi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.