Utama Android oneplus OnePlus Open secara rasminya diperkenalkan, Telefon pintar boleh lipat dengan Dwi-Paparan LTPO

OnePlus Open secara rasminya diperkenalkan, Telefon pintar boleh lipat dengan Dwi-Paparan LTPO

211
0

OnePlus Open kini secara rasminya telah pun diperkenalkan pada tarikh yang sama dengan sebuah lagi telefon pintar boleh lipat OPPO Find N3 dan Find N3 Flip dilancarkan ke pasaran global.

Telefon pintar ini menampilkan skrin luaran 6.31-inci ddengan skrin dalaman bersaiz 7.82-inci apabila dibuka lipatannya. Kedua-dua paparan berkenaan merupakan panel AMOLED LTPO dengan kecerahan puncak 2,800 nits dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Menariknya, skrin utamanya boleh direndahkan pada kadar serendah 1Hz dengan skrin luarannya pula sehingga serendah 10Hz bagi tujuan penjimatan penggunaan bateri.

Di dalamnya, OnePlus Open menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM 16GB dan storan dalaman 512GB. Ia juga menggunakan bateri berkapasiti 4,805mAh dengan sokongan pengecasan 67W. Untuk fotografinya, terdapat lima kamera disediakan padanya dengan bahagian belakangnya mempunyai tri kamera yang terdiri daripada:

  • Kamera utama Sony LYT-T808 “Pixel Stacked” CMOS 48MP
  • Kamera ultra lebar 48MP
  • Kamera telefoto 64MP dengan zum optikal 3x

Ketiga-tiga kamera berkenaan dilengkapkan dengan sokongan penstabil imej optikal (Optical Image Stabilizer, OIS).

OnePlus Open berharga US$1,699.99 (~RM8,120) dan didatangkan dengan dua warna, hitam dan hijau zamrud. Setakat ini masih belum dinyatakan bilakah telefon pintar boleh lipat ini akan hadir ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.