Utama Android oneplus OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE2 Lite 5G dilancarkan ke pasaran...

OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE2 Lite 5G dilancarkan ke pasaran Malaysia

464
0

Siri terbaru telefon pintar Nord oleh OnePlus kini telah diperkenalkan melalui Nord 2T 5G dan CE Lite 5G ke pasaran Malaysia. Sebagaimana pengumuman awal pada minggu lepas, Telefon pintar berkenaan telah pun dilancarkan secara rasminya semalam.

Dari segi perkakasan, OnePlus Nord 2T 5G menawarkan cipset MediaTek Dimensity 1300 dan paparan AMOLED FHD 6.43-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

Lain-lain ciri yang ditawarkan olehnya termasuklah bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan 80W. Untuk pilihan RAM model ini menawarkan pilihan antara 8GB atau 12GB, manakala storan pula pilihan yang ditawarkan adalah 128GB atau 256GB.

Kamera OnePlus Nord 2T menawarkan tri-kamera pada bahagian belakangnya yang terdiri daripada kamera utama 50MP, sudut lebar 8MP dan lensa makro 2MP. Pada bahagian hadapannya pula disediakan kamera swafoto 32MP.

OnePlus Nord 2T 5G dijual pada harga RM1,899 bagi pilihan konfigurasi RAM 8GB + storan 128GB dan RM2,099 bagi pilihan konfigurasi RAM 12GB + storan 256GB. Selain itu, telefon pintar ini akan ditawarkan dengan pilihan warna Jade Fog dan Grey Shadow.

Seterusnya untuk OnePlus Nord CE 2 Lite, telefon pintar ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G, RAM 6GB, paparan FHD 6.59-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Sama seperti Nord 2T, CE 2 Lite juga didatangkan dengan tetapan tri-kamera pada bahagian belakangnya. Ia menawarkan kamera utama 64MP, kamera berkedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Untuk kamera hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.

Untuk OnePlus Nord CE 2 Lite 5G, harga yang ditawarkan bermula untuk RM1,199 dan boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu Blue Tide dan Black Dusk. Kedua-dua model telefon pintar baharu dari OnePlus ini boleh didapati bermula dari 19 Julai ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.