Utama Komputer Permainan Samsung umumkan Taman Permainan Maya berasaskan Pengalaman ‘Space Tycoon’ di Roblox

Samsung umumkan Taman Permainan Maya berasaskan Pengalaman ‘Space Tycoon’ di Roblox

531
0

Samsung hari ini telah mengumumkan pelancaran Samsung Space Tycoon, sebuah taman permainan maya yang dibina di dalam platform alam meta (metaverse) Roblox. Ia merupakan ruang maya di mana pengguna boleh mencipta, bermain permainan dan berkongsikan pengalaman menggunakan produk Samsung bersama-sama watak makhluk asing di angkasa dengan mengambil ciri rekaan dan kefungsian dari genre permainan simulasi permainan ‘tycoon’.

Perkhidmatan ini diperkenalkan khusus bagi pengguna Gen Z sebagai salah satu cara untuk memberikan pengalaman menggunakan produk-produk Samsung yang lebih menyeronokkan melalui integrasi platform alam meta. Selain itu, ia juga membolehkan pengguna di kalangan Gen Z menikmati produk Samsung di samping dapat berinteraksi dengan antara satu sama lain.

“Space Tycoon direka sebagai satu taman permainan di mana para pengguna boleh mencuba segala apa yang ditawarkan di dalam ruang maya tersebut,” menurut Jinsoo Kim, Timbalan Presiden Eksekutif di Pusat Rekabentuk Korporat Samsung Electronics.

“Kami ingin memberikan pengguna Gen Z kami peluang menikmati produk Samsung melalui pendekatan unik yang belum pernah dilakukan. Kami akan terus mempertontonkan kandungan yang mampu menjadikan pengalaman digital lebih menghiburkan dan lebih bermakna untuk pelanggan kami kini dan yang akan datang,”

Disetkan di Samsung Space Station yang dilengkapi dengan makmal kajian di mana terdapat watak makhluk asing yang menjalankan kajian produk Samsung terkini, Space Tycoon mengandungi tiga kawasan permainan spesifik, iaitu:

  • Mining Zone untuk perolehan sumber,
  • Shop untuk pembelian barangan di dalam permainan,
  • dan Lab untuk pengeluaran produk

Di dalam Space Tycoon, pengguna boleh mereka pelbagai produk Samsung menggunakan sumber yang dilombong, merangkumi telefon pintar Galaxy, pelbagai TV, dan peralatan elektrik rumah. Ia boleh digunakan untuk membeli atau menaiktaraf pelbagai item dalam permainan.

Serlahkan kreativiti anda di dalam Samsung Space Tycoon di Roblox

Pengguna juga boleh menggunakan daya kreativiti dengan menggunakan produk di dunia sebenar dan memberikannya sentuhan untuk menjadikannya sebagai gajet di dalam permainan. Misalnya, telefon pintar Galaxy Z Flip boleh diubah menjadi beg atau skuter. Malah, pengguna juga boleh menjadi lebih kreatif dengan menjadikan pembersih hampagas Jet Bot sebagai papan peluncur hover atau televisyen gaya hidup The Sero sebagai helikopter.

Buat masa ini terdapat lebih dari 20 buah produk Samsung di dalam Shop Space Tycoon dengan warna item-item yang dibeli boleh diubah secara rawak bergantung pada tahap yang dicapai. Pelbagai siri-siri baharu produk Samsung akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Space Tycoon akan dilancarkan secara serentak dalam 14 bahasa, termasuk Inggeris, Korea, Sepanyol dan China. Ciri-ciri lain disediakan di dalam permainan Roblox berkenaan termasuklah interaksi dengan pengguna lain, berkongsikan ciptaan dan menghadiri parti maya eksklusif yang akan diperkenalkan di masa depan.

Samsung juga akan mengadakan acara dalam talian menerusi laman web rasmi Samsung melalui kempen yang memfokuskan pada mewarna dan mengumpulkan produk-produk Samsung.

Maklumat lanjut, layari design.samsung.com dan samsng.co/YouMake_JUL_Space_YT.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.