Utama Mobile Android OnePlus 5 diumumkan secara rasmi, kamera belakang 20MP + 16MP, RAM 8GB

OnePlus 5 diumumkan secara rasmi, kamera belakang 20MP + 16MP, RAM 8GB

689
0

Setelah pelbagai ketirisan dan khabar angin berkenaannya, telefon pintar OnePlus 5 kini diumumkan secara rasminya. Seperti yang dijangkakan, ia dikuasakan oleh chipset Qualcomm terbaik setakat ini berserta RAM berkapasiti 8GB.

Tidak dinafikan, penawaran yang diberikan melalui kuasa perkakasannya sangat mengagumkan. Namun, sistem dwi-kamera pada kamera belakangnya turut tidak kurang hebatnya.

Lebih kurang sama dengan sistem dwi-kamera iPhone 7 Plus, OnePlus 5 kamera berganda pada belakangnya menggunakan dua penderia dengan dua panjang titik fokus. Kamera dengan tetapan 20MP + 16MP turut dilengkapi dengan zoom optikal, Portrait Mode, dan sistem autofokus yang digelar sebagai “Fast AF”. Sistem autofokus ini didakwa 40% lebih pantas berbanding sistem konvensional.

Selain dari kamera, OnePlus 5 turut menawarkan paparan 5.5-inci 1080p AMOLED Optik, chipset Qualcomm Snapdragon 835 processor yang dipadankan dengan RAM 6 atau 8GB, storan pantas UFS 2.1 128GB dan bateri 3,300mAh yang disokong dengan teknologi pengecasan pantas, Dash Charge dari OnePlus.

Harga jualan OnePlus 5 di pasaran diletakkan pada $479 (lebih kurang RM2,050) untuk model 6GB. Manakala bagi model 8GB pula, ia dijual pada harga pasaran $539 (bersamaan lebih kurang RM2,310). Setakat ini, masih belum ada pengumuman yang dibuat berkenaan bila telefon pintar ini akan hadir ke pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Ars Technica

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.