Utama Android oneplus OnePlus 13 akan dilancarkan secara global pada 7 Januari 2025

OnePlus 13 akan dilancarkan secara global pada 7 Januari 2025

186
0

OnePlus telah mengumumkan pelancaran global telefon pintar andalan baharu mereka, OnePlus 13, pada 7 Januari 2025. Acara pelancaran ini akan diadakan secara dalam talian dan turut memperkenalkan model OnePlus 13R.

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan acara pelancaran ini akan dikenali sebagai “OnePlus 13 Series Winter Launch Event” yang mengisyaratkan pelancaran lebih daripada satu peranti. Ini adalah kali pertama OnePlus menyebut model siri R yang baharu secara rasmi.

Acara pelancaran akan berlangsung pada jam 10:30 pagi Waktu Timur (ET), yang bersamaan dengan 11:30 malam waktu Malaysia.

Ciri-ciri Utama OnePlus 13

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan skrin LTPO AMOLED 6.82 inci dengan resolusi 1440 x 3168 piksel, kadar penyegaran semula 120Hz, dan kecerahan puncak 4,500 nits. OnePlus 13 akan tersedia dalam tiga pilihan warna – Black Eclipse, Arctic Dawn, dan Midnight Ocean.

OnePlus 13 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, yang menawarkan prestasi tinggi dan kecekapan tenaga. Pilihan RAM pula ditawarkan 12GB, 16GB, atau 24GB, serta storan dalaman 256GB, 512GB, atau 1TB.

Sistem tiga kamera belakang terdiri daripada 50MP (utama dengan OIS), 50MP (ultrawide dengan autofokus), dan 50MP (periskop telefoto dengan zum optikal 3x dan OIS). Serta kamera hadapan 32MP.

Dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh, telefon pintar ini turut menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan tanpa wayar 50W. Ia juga dikatakan akan mengoperasikan Android 15 dengan OxygenOS 15 sebagai antaramukanya selain turut mempunyai penarafan ketahanan IP68 dan IP69.

OnePlus 13R

Seterusnya, untuk model yang dianggap sebagai ‘adik’ di dalam siri ini dijangka mempunyai kapasiti bateri yang sama 6,000mAh. Berdasarkan maklumat awal, OnePlus 13R akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Astral Trail dan Nebula Noir.

Telefon ini akan menggunakan Gorilla Glass 7i pada bahagian depan dan belakang ini juga dikatakan akan menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3. Ia juga dikatakan akan mempunyai reka bentuk yang nipis, dengan ketebalan sekitar 8mm dan skrin rata.

Setakat ini, harga untuk OnePlus 13 masih belum diumumkan. OnePlus Malaysia juga masih belum memberikan maklumat mengenai tawaran pra-tempahan untuk pasaran tempatan. Ikuti perkembangan lanjut mengenai pelancaran ini melalui laman web dan media sosial rasmi OnePlus.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.