Utama Perkakasan Nvidia Masalah Kekurangan GPU kian berakhir, Kini NVIDIA lapor mempunyai lambakan GPU RTX...

Masalah Kekurangan GPU kian berakhir, Kini NVIDIA lapor mempunyai lambakan GPU RTX 3000

481
0
Lambakan bekalan GPU NVIDIA RTX 3000

Setahun yang lepas, dilaporkan terdapat isu kekurangan bekalan kad grafik hingga menyukarkan pengguna untuk mendapatkannya. Kekurangan tersebut didorong oleh masalah rantaian bekalan cip, serta kegilaan perlombongan matawang kripto pada ketika itu.

Kini isu kekurangan GPU tersebut kian berakhir dan ‘masalah’ baharu pula timbul. Terlebih stok bekalan GPU di pasaran.

Menurut ArsTechnica, Ketua Pegawai Eksekutif Jensen Huang mendedahkannya ketika laporan kewangan sukuan keuda 2023 NVIDIA pada Khamis lalu. Beliau memaklumkan NVIDIA kini mengalami lebihan bekalan GPU siri RTX 3000 menjelang pelancaran siri RTX 4000 pada tahun ini.

Bagi mengatasi isu ini, Jensen Huang memaklumkan pihaknya akan mengurangkan jualan GPU-GPU kepada pengeluar kad grafik dan laptop bagi membolehkan pengeluar menghabiskan bekalan sedia ada.

Beliau menambah NVIDIA juga berhasrat untuk menurunkan harga siri RTX 3000 tidak lama lagi bagi memberikan ruang untuk ketibaan RTX 4000 tidak lama lagi. Pengurangan harga ini dijangka akan hadir ke peringkat pengguna, namun bergantung kepada rakan niaga NVIDIA untuk melaksanakannya.

Awal bulan ini NVIDIA telah mengumumkan sasaran unjuran sebanyak $1.4 billion (~RM6.24 billion) tidak dapat dicapai berikutan penurunan permintaan GPU khusus untuk permainan berkomputer.

Jensen Huang juga menyatakan jumlah jualan kad grafik kepada pengguna masih lagi meningkat sebanyak 70 peratus seperti sebelum wabak pandemik melanda. Bagaimanapun, NVIDIA masih lagi menjangkakan jumlah pendapatan tahunannya dari GPU akan merosot pada sukuan berikutnya.

Permintaan perkakasan komputer peribadi sedang mengalami penurunan berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi. Malah kebanyakan pengguna telah pun menaik taraf sistem masing-masing sebelum pandemik mula melanda lagi.

Tambahan pula, para pelombong juga sudah tidak membeli GPU dalam kuantiti yang banyak seperti dahulu berikutan kejatuhan nilai matawang kripto serta peralihan Ethereum dari perlombongan GPU.

Pun begitu, bagi pembina-pembina komputer peribadi (PC builder), ini merupakan masa yang terbaik untuk anda menghasilkan sebuah komputer peribadi dengan kad grafik generasi baharu yang berkuasa tinggi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.