Utama Android Nubia Nubia V60 Design kini di Malaysia pada harga RM499

Nubia V60 Design kini di Malaysia pada harga RM499

285
0

ZTE telah melancarkan telefon pintar peringkat pemula baharunya di Malaysia, Nubia V60 Design. Ia versi yang lebih berharga mampu milik dari V60 yang sememangnya mesra bajet dengan resolusi skrin dan RAM yang lebih rendah.

Nubia V60 Design menampilkan paparan LCD 6.6-inci beresolusi 720p dengan kadar penyegaran semula skrin 90Hz. Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan Unisoc T606 dengan konfigurasi RAM 6GB dan storan 256GB.

Untuk perisiannya, ia didatangkan dengan antaramuka MyOS 13 berasaskan Android 13. Paparan antaramukanya juga menyokong ciri Live Island yang memaparkan notifikasi seakan-akan iPhone. Pembesar suara untuk telefon pintar mampu milik ini pula menyediakan sokongan DTS.

Untuk pengimejan, Nubia V60 Design disediakan dengan kamera utama 50MP bersama-sama dua sensor lainnya. Menguasakan telefon pintar ini turut disediakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 22.5W. Ia juga menyediakan sokongan ketersambungan 4G, Wi-Fi 5, NFC, dan Bluetooth 5.2.

Nubia V60 Design didatangkan dengan pilihan warna violet dan blue dengan harga jualannya harga RM499 sahaja dan boleh didapati menerusi kedai rasminya di Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.