Utama Android TECNO Tecno Phantom V Flip secara rasminya tiba di Malaysia pada harga RM2,999

Tecno Phantom V Flip secara rasminya tiba di Malaysia pada harga RM2,999

273
0

Selepas diacah pada awal minggu ini, Tecno Phantom V Flip kini akhirnya di Malaysia. Telefon pintar berkenaan diperkenalkan pada September lalu sebagai pasangan kepada Phantom V Fold yang hadir lebih awal.

Boleh dipra-tempah sekarang, telefon pintar boleh lipat ini ditawarkan pada harga istimewa bersama-sama cenderahati buat pembeli terawal.

Apabila dibuka lipatannya, V Flip menampilkan paparan AMOLED LTPO 6.9-inci beresolusi 1080p dengan kecerahan puncak 1,000 nits dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Pada sebelah luarnya, ia menampilkan paparan luaran berbentuk bulatan yang berukuran 1.32-inci yang juga menggunakan skrin AMOLED 120Hz.

Untuk perkakasannya, ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8050 dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Skrin luarannya juga menempatkan kamera utama 64MP bersma-sama kamera ultra-lebar 13MP.

Pada skrin dalamannya pula terdapat sebuah kamera 32MP yang boleh juga digunakan untuk tujuan swafoto. Telefon pintar ini juga mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAH dan menyokong pengecasan 45W.

Harga Tecno Phantom V Flip di Malaysia

Tecno Phantom V Flip didatangkan dengan dua pilihan warna dan dijual pada harga RM2,999 di kedai rasmi Tecno di Shopee. Bersempena pelancarannya, Tecno Phantom V Flip dijual pada harga RM2,899 bermula dari 5 hingga 7 Oktober ini.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan dari sekarang sehingga 9 Oktober ini, anda berpeluang untuk menerima telefon pintar Spark Go secara percuma selagi stok masih ada.

Maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi Tecno Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.