Utama Android Nothing Nothing Phone (1) di Pasaran Malaysia hari ini; Laris hingga habis dijual...

Nothing Phone (1) di Pasaran Malaysia hari ini; Laris hingga habis dijual dalam 1 Hari

716
0

Nothing Phone (1) secara rasminya mula dijual di Malaysia sejak tengah malam tadi menerusi jenama pakaian, Crossover. Unit jualan terhad ini telah habis dijual sebelum artikel ini sempat ditulis.

Crossover menjual Nothng Phone (1) jenis konfigurasi RAM 8GB + storan 256GB secara dalam talian pada harga RM2,399. Pembeli juga boleh mendapatkannya secara BNPL (Bayar Nanti Pakai Lekas) melalui Atome pada ansuran bulanan RM799.79 untuk tiga bulan.

Telefon yang ditawarkan dengan pilihan warna hitam dan putih ini turut dijual bersama-sama bekas selongsong Phone (1) pada harga RM49 dan juga pelindung skrin Phone (1) pada harga RM69.Nothing Phone (1) Malaysia Price Crossover

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan Nothing Phone (1), pekedai DirectD juga kini menerima pra-tempahan dengan slot yang terhad bagi pilihan konfigurasi RAM 8GB + storan 256GB. Menurut laman jualan dalam talian DirectD, telefon pintar ini dijangka akan hadir pada 1 Ogos 2022, jam 10 pagi.

Selain DirectD, Senheng juga mengacah untuk menawarkan Nothing Phone (1) tidak lama lagi. Berdasarkan laman produknya, model storan RAM 12GB dan storan 256GB turut akan ditawarkan kelak.ThunderMatch juga menyenaraikan Nothing Phone (1) di kedai dalam taliannya dan menawarkan model RAM 8GB dan juga RAM 12GB.

Nothing Phone (1) merupakan telefon pintar peringkat menengah yang menampilkan ciri rekaan premium melalui penggunaan paduan aluminium dan kaca. Ia menampilkan paparan OLED Full HD+ 6.55-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan menggunakan cipset Snapdragon 778G+. Fotografinya pula menampilkan sensor 50MP untuk kamera lebar dan ultra lebarnya. Manakala kamera hadapannya menggunakan sensor 16MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.