Utama Mobile Nokia Nokia secara rasminya melancarkan Tablet harga Bajet, Nokia T10

Nokia secara rasminya melancarkan Tablet harga Bajet, Nokia T10

500
0
Nokia T10 Malaysia

HMD Global secara rasminya telah melancarkan tablet keduanya di bawah jenama Nokia, T10. Peranti ini merupakan keluaran terkini siri T dan diperkenalkan sebagai tablet yang lebih mesra bajet berbanding keluaran sebelumnya T20.

Dari segi spesifikasi, tablet ini menampilkan paparan beresolusi 1280 x 800 8-inci dengan nisbah aspek 16:10. Tiada pengimbas cap jari disediakan, namun ciri keselamatannya boleh menggunakan imbasan wajah melalui kamera hadapannya yang juga mampu mengecam wajah walaupun ketika memakai pelitup muka.

Tablet ini juga mempunyai penarafan kerintangan air IPX2 yang bermakna ia mampu bertahan dengan percikan air. Akan tetapi, jangan biarkan ia basah kuyup di bawah titisan hujan.

Seterusnya, Nokia T10 dijanakan oleh cipset Unisoc T606 dan turut menawarkan konfigurasi RAM 3GB dan storan 32GB atau RAM 4GB dan storan 64GB bergantung dengan pasaran di mana ia dijual. Turut disediakan slot kad mikroSD yang boleh menyokong sehingga 512GB.Nokia T10 Tablet Audio

Menurut Nokia, baterinya yang berkapasiti 5,250mAh ini mampu bertahan sehingga sehari. Namun, kuasa pengecasannya hanya setakat 10W sahaja dan pengecas 10W turut disertakan bersama-sama dengannya.

Untuk kameranhya, terdapat sebuah kamera 8MP pada bahagian belakangnya dengan kamera 2MP pada bahagian hadapannya. Tak berapa nak cun sangat kalau nak buat panggilan video.

Menerusi sistem operasi Android 12, Nokia menjanjikan naik taraf OS untuk dua tahun dengan tiga tahun kemaskini keselamatan biasa. Tablet ini juga turut menawarkan pilihan sambungan Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi dan 4G LTE.Nokia T10 Tablet

Mula dipasarkan pada Ogos ini, Nokia T10 akan dijual pada harga US$169.99 (~RM755) untuk model 4GB+64GB di Amerika Syarikat dan £129 (~RM680) untuk model 3GB+32GB di United Kingdom bagi versi Wi-Fi + 4G LTE. Menurut laman 9to5Google, model Wi-Fi sahaja berharga Wi-Fi model costs US$159 (~RM706).

Setakat ini masih belum diketahui bilakah tablet Nokia T10 ini akan hadir ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.