Utama Mobile Nokia Nokia 5710 XpressAudio kini di Malaysia pada harga RM339, hadir dengan Fon...

Nokia 5710 XpressAudio kini di Malaysia pada harga RM339, hadir dengan Fon Telinga Nirwayar bersama bekas penyimpan terbina dalam

509
0
Nokia-5710-XpressAudio

HMD Global baru-baru ini telah memperkenalkan Nokia 5710 XpressAudio, telefon bimbit yang memfokuskan pada muzik. Ia didatangkan dengan fon telinga nirwayar yang ditempatkan di dalam bekas penyimpan terbina di dalam telefon bimbit berkenaan.

Nokia 5710 XpressAudio ini merupakan telefon bimbit 4G yang menyokong VoLTE. Ia menggunakan sistem operasi Nokia S30+ yang didatangkan bersama-sama aplikasi dan permainan berasaskan Java. Oleh yang demikian, aplikasi-aplikasi lain seperti WhatsApp dan Google Maps tidak dapat digunakan di dalam telefon bimbit ini.

Menampilkan skrin QVGA 2.4-inci, telefon bimbit ini menampilkan butang khas main semula muzik pada sisinya yang menggamit nostalgia pengguna Nokia dulu-dulu. Nokia 5710 XpressAudio juga mempunyai sepasang pembesar suara stereo yang mampu memberikan kualiti audio yang lebih jelas.nokia_5710_XpressAudio-Hero

Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon bimbit ini termasuklah Bluetooth 5.0, radio FM, dan kamera belakang 0.3MP. Baterinya pula boleh-tanggal dengan kapasiti 1,450mAh yang menawarkan waktu bercakap melalui 4G sehingga 6 jam, dan waktu bersedia sehingga 31 hari.

HMD Global bagaiamanapun tidak menyatakan kapasiti bateri fon telinga nirwayar yang didatangkan bersama-sama di dalam telefon bimbit berkenaan. Juga tidak dinyatakan sama ada ia dipadankan dengan telefon secara Bluetooth atau dengan kaedah sambungan nirwayar lain.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan Nokia 5710 XpressAudio menerusi laman jualan Shopee rasmi Nokia Mobile.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.