Utama Mobile Android Nokia 2 hadir secara rasminya – tampilkan Snapdragon 212, Bateri tahan Dua...

Nokia 2 hadir secara rasminya – tampilkan Snapdragon 212, Bateri tahan Dua Hari

907
0

HMD Global telah mengumumkan kehadiran telefon pintar terbarunya, Nokia 2. Pengumuman berkenaan hadir sewaktu majlis pelancarannya yang diadakan di India. Telefon pintar peringkat permulaan ini hadir dengan bateri yang berkapasiti besar.

Menggunakan bateri berkapasiti 4,100mAh, pihak Nokia mendakwa penggunaan telefon pintar terbaru keluarannya mampu bertahan sehingga dua hari. Selain itu, Nokia 2 hadir dengan chipset empat teras Qualcomm Snapdragon 212 berkelajuan 1.3GHz. Telefon pintar berkeupayaan sambungan ke LTE 4G ini juga menawarkan RAM 1GB dan storan dalaman 8GB yang turut disokong dengan slot kad SD mikro tambahan sehingga 128GB.

Sesuai dengan legasi Nokia sebagai pengeluar telefon mudah alih yang tahan lasak, Nokia 2 mendapat penarafan IP52. Seperkara yang menarik pada telefon pintar Nokia terbaru ini adalah penggunaan kerangka aluminium pada kemasan luarannya sungguhpun ia merupakan telefon pintar peringkat permulaan. Ia juga menawarkan paparan HD 5 inci dengan panel paparan LTPS.

HMD Global juga mengimplementasikan kamera 8MP pada belakangnya berserta kamera 5MP untuk bahagian hadapannya. Dari segi sistem operasi, Nokia 2 menggunakan Android Nougat 7.1.1 yang boleh dinaik taraf ke Android Oreo 8.0 apabila ianya telah sedia untuk dimuat turun.

Nokia 2 dijadualkan akan dilancarkan ke peringkat global bermula pertengahan November ini dengan harga yang ditawarkan EUR99 (bersamaan lebih kurang RM487). Setakat ini masih belum diketahui bilakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari Nokia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.