Home Komputer Cara baiki Masalah “No Audio Output Device Is Installed” selepas Kemaskini Windows...

Cara baiki Masalah “No Audio Output Device Is Installed” selepas Kemaskini Windows 10

Pengguna Windows 10 kadangkala mengalami masalah luar jangka seperti “No Audio Output Device Is Installed” akibat dari isu kemaskininya.

93
1
Closeup of a silent mode button

Buat masa ini, ancaman kepada kestabilan PC Windows 10 adalah kemaskininya sendiri. Kadangkala, kemaskini berkenaan boleh menyebabkan timbul masalah yang kurang enak seperti audio PC tidak berfungsi.

Antara contoh masalah yang timbul akibat dari kemaskini yang pernah berlaku pada sesetengah pengguna adalah masalah “No Audio Output Device Is Installed”. Sesetengah pengguna pernah mengadukan masalah ini terjadi selepas kemaskini October 2018 Windows 10.

Punca kepada masalah berkenaan adalah disebabkan oleh kesilapan pemasangan driver audio sewaktu sistem operasi dikemaskini. Segelintir pengguna terkesan dari isu ini. Namun, cara pembaikannya adalah agak mudah.

Caranya adalah dengan:

  • Buka Device Manager – Kotak carian, taipkan Device Manager dan tekan Enter. Seterusnya, pilih System Devices (sekitar sebelah bawah senarai).
  • Carikan ‘Intel Smart Sound Technology driver (SST)’.
  • Klik kanan padanya dan pilih Update Driver dari menu terpacul.
  • Pilih browse my computer for driver software dan seterusnya, Let me pick from a list of available drivers on my computer dan pilih ‘High Definition Audio’
  • Tekan Next
  • Driver Intel Smart Sound Technology (SST) sepatutnya akan hilang dan anda mungkin berjaya mendapatkan audio anda kembali.

Imej cover dari Freepik

1 COMMENT

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.