Home Komputer Kemaskini Windows 10 KB4556799 akibatkan Masalah Audio, kehilangan Data

Kemaskini Windows 10 KB4556799 akibatkan Masalah Audio, kehilangan Data

70
0

Kemaskini Windows 10 KB4556799 merupakan sebuah lagi kemaskini yang mengakibatkan masalah pada sesetengah pengguna. KB4556799 merupakan sebuah kemaskini mustahak untuk keselamatan ini telah menyebabkan sesetengah pengguna mengalami masalah audio dan kehilangan data.

Pengguna Windows 10 Kemaskini May 2019 dan November 2019 membuat aduan mengenai kemaskini. Antara masalah yang diadukan adalah kerosakan adapter audio, profail pengguna sementara, Skrin Biru Maut (Blue Screen of Death, BSOD) dan juga mesej-mesej ralat tidak berkaitan yang muncul sewaktu proses pemasangan program.

Masalah ini juga berbeza di antara pengguna-pengguna serta ianya tidak berlaku pada kebanyakan pengguna Windows 10 lain.

Berdasarkan aduan pengguna, kemaskini ini telah menyebabkan Windows 10 telah melakukan reset pada konfigurasi audio sistem operasi. Malah, ada yang dibuang terus pemacu audio Realtek sedia ada. Ada juga yang memaklumkan peranti audio yang dipasang langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi selepas kemaskini tersebut dipasangkan.

Bagi anda yang menghidupkan fungsi Audio Enhancement pada peranti audio anda, anda mungkin berdepan dengan isu-isu berikut selepas kemaskini;

  • Masalah main semula
  • Pengherotan bunyi
  • Peranti audio tidak boleh mengeluarkan bunyi
  • Bunyi akan keluar secara serentak melalui fon telinga dan speaker.

Sebahagian pengguna telah mengumpulkan masalah-masalah audio Windows 10 ini melalui forum Reddit, forum Microsoft dan juga di Feedback Hub.

Cara baiki masalah audio Windows 10 selepas kemaskini KB4556799

Bagi anda yang berdepan dengan masalah audio selepas kemaskini Windows 10, langkah-langkah berikut mungkin dapat membantu anda:

  1. Klik kanan pada ikon volume pada taskbar
  2. Buka Settings untuk Sound
  3. Klik pada ‘Sound Control Panel’ di dalam Settings
  4. Di bawah tab Playback, klik kanan pada speaker Realtek untuk membuka tetingkap Properties.
  5. Di dalam tab Advanced, nyah-tandakan ‘Audio Enhancements’.
  6. Klik ‘OK’ untuk simpan perubahan.

Anda juga mungkin perlu menyahkan fungsi ‘sound enhancement’ untuk peranti-peranti audio lain anda.

Jika driver Realtek anda hilang, muat turun driver original dari laman web pengeluar PC atau motherboard masing-masing untuk memasangkannya.

Mengubah tetapan audio Windows 10 ke 16-bit juga boleh menyelesaikan sesetengah masalah seperti yang diadukan.

Jika tiada sebarang langkah penyelesaian di atas membantu anda. Anda mungkin perlu menyahpasang kemaskini berkenaan dan tangguh dahulu sebelum kemaskini yang baharu tersedia. Anda boleh melakukannya dengan pergi ke halaman Update & Security > Settings > Advanced options.

Profail pengguna sementara (kehilangan data)

Masalah audio bukanlah satu-satunya masalah yang dikaitkan dengan kemaskini KB4556799. Ada segelintir pengguna yang mendakwa kemaskini ini telah memadamkan data, fail, foto dan dokumen.

Sesetengah mungkin terkejut kerana secara tiba-tiba data hilang dan tetapan OS kembali ke asal. Bagaimanapun, masalah ini boleh diselesaikan kerana data profail pengguna masih lagi ada pada PC berkenaan.

Windows 10 memuatkan profail pengguna sementara ketika proses pemasangan kemaskini dan tidak menggunakan profail yang digunakan oleh pengguna. Oleh itu, pengguna akan mendapati fail-fail, aplikasi dan folder pada PC berkenaan telah ‘hilang’.

Buat masa ini, pihak Microsoft masih lagi belum mendokumenkan ralat ini. Tidak diketahui punca bagaimana masalah ini boleh berlaku. Namun, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk pembaikannya.

Untuk mengatasinya, anda boleh menyahpasang kemaskini berkenaan dengan cara berikut;

  1. Buka Settings > Update & security > Lihat Update History
    Klik pada ‘Uninstall updates’.
  2. Melalui kotak carian, carikan pakej kemaskini (update packages).
  3. Sorot (Highlight) pada kemaskini yang disasarkan.
  4. Klik butang “Uninstall” di sebelah atas senarai.
  5. Klik “Yes”.
  6. Restart PC anda selepas diajukan satu kotak notifikasi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.