Utama PRNewswire Nikmati Hiburan Dipertingkat dengan Pintar bersama TCL AiPQ Processor 3.0 pada TV...

Nikmati Hiburan Dipertingkat dengan Pintar bersama TCL AiPQ Processor 3.0 pada TV QD-Mini LED Terkininya

110
0
Nikmati Hiburan Dipertingkat dengan Pintar bersama TCL AiPQ Processor 3.0 pada TV QD-Mini LED Terkininya
Dengan algoritma pintar terkini TCL, kualiti gambar yang dipertingkat meningkatkan pengalaman menonton filem, corak permainan dan banyak lagi

HONG KONG, 31 Julai 2023 /PRNewswire/ — TCL, jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama TV dua terbaik di dunia, mengulangi kemajuan paparannya untuk memacu pengalaman hiburan yang lebih imersif untuk pengguna di serata dunia.

Berhubung kejayaan pelancaran TV QD-Mini LED dan TV QLED serba baharu daripada TCL, barisan TV 4K terunggul yang menyampaikan kontras tinggi dan tepat, kecerahan mengagumkan, warna-warna terang dan keseragaman yang lebih baik, TCL komited terhadap pembangunan AiPQ Processor 3.0 miliknya, bagi menawarkan prestasi gambar peringkat seterusnya.

AiPQ Processor 3.0 Meningkatkan Pengalaman Tontonan untuk Peminat Filem dan TV

Bagi peminat filem sebenar, bila-bila masa sepanjang hari merupakan masa yang tepat untuk menghayati sepenuhnya bahan penerbitan yang mengasyikkan dan panjang. Sama ada menurutkan kemahuan dengan berjaga lewat malam atau berehat pada waktu petang yang cerah lagi santai, ciri Ai-Contrast AiPQ Processor 3.0 menghasilkan semula realiti secara pintar dengan mengoptimumkan nisbah kontras dengan dinamik, menganalisis tahap kecerahan dan kegelapan untuk mengimbangi cahaya dan bayang-bayang dengan sempurna – memastikan keamatan sesuatu adegan ditingkatkan sama ada menonton pada waktu siang atau malam. Bagi memastikan anda tidak ketinggalan sebarang perincian drama yang terpapar pada skrin anda, Ai-Clarity menganalisis imej mengikut resolusi asalnya, menghasilkan semula imej akhir dengan pengurangan hingar yang tepat demi visual yang amat jelas, yang bererti setiap butiran sesuatu adegan filem yang sengit dirangkumkan. Bagi peminat genre fantasi, yang mana palet warna yang sangat baik benar-benar menghidupkan cerita, Ai-Colour mentransformasikan dan memperkukuh gamut warna skrin, mempersembahkan warna-warna yang berbeza dengan bebas bagi memastikan ekspresi dioptimumkan untuk pengalaman yang benar-benar imersif.

Bagi mereka yang memilih untuk berehat dengan membawa diri mereka ke dunia lain melalui dokumentari alam semula jadi, Ai-Colour melihat imej dengan cara yang sama seperti mata kasar melihatnya dengan mencipta semula butiran warna mikro yang dilihat dalam dunia sebenar. Ini dapat dicapai dengan menala, membetulkan dan meningkatkan pelbagai spesifikasi secara automatik termasuk suhu, ketepuan dan kontras warna, bagi menyampaikan imej yang dipersembahkan seakan-akan hidup dengan sentuhan artistik yang semula jadi. Hasil daripada algoritma yang tepat ini, rancangan hidupan liar kelihatan sangat bagus, membuatkan penonton berasa benar-benar dikelilingi oleh alam semula jadi. Tambahan pula, Ai-HDR menyahkod berbilang format HDR dengan pintar daripada HDR 10, kepada HDR10+ dan banyak lagi, membolehkan anda menonton kandungan TV sama seperti

yang diinginkan oleh pengarah, dengan warna-warna organik yang dipertingkat serta julat sorotan kecerahan dan kegelapan yang lebih luas.

Mengekalkan Kepantasan – Faedah Ai untuk Tontonan Sukan dan Permainan

Bagi mereka yang tidak pernah ingin ketinggalan detik aksi, Ai-Motion meningkatkan pengalaman menonton sukan dengan mengesan objek bergerak pantas secara intuitif mengikut saiz dan kedudukannya pada skrin, menghitung pergerakan dari segi kadar segar semula dan bilangan bingkai. Jadilah yang pertama mengesan kesalahan atau perhatikan sekiranya bola terkeluar hasil daripada visual amat jelas Ai-Clarity yang membolehkan anda menikmati pengalaman sehingga 4K dengan kandungan resolusi lebih rendah, agar anda dapat mengabadikan setiap detik penting.

Pemain juga akan menghargai keupayaan Ai-Motion untuk menukar imej bingkai rendah kepada bingkai tinggi, memulihkan visual yang amat lancar tanpa sebarang kekaburan atau herotan untuk corak permainan tanpa gangguan. Bagi meningkatkan lagi pengalaman permainan, Ai-Contrast membantu anda melihat lebih banyak lagi dalam gelap, mendedahkan musuh tersembunyi dalam bayang-bayang semasa permainan.

AiPQ Processor 3.0 yang luar biasa boleh ditemui pada TV QD-Mini LED TCL terpilih dan terkini yang kini sedia dibeli dalam pasaran global, membolehkan pelanggan dari seluruh dunia menemui faedah-faedah pengoptimuman berbilang dimensi yang pintar.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

 

SOURCE TCL Electronics

Nikmati Hiburan Dipertingkat dengan Pintar bersama TCL AiPQ Processor 3.0 pada TV QD-Mini LED Terkininya

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.