Utama Mobile Aplikasi Netflix hadir melalui Unifi TV bermula dari 23 Jun 2023

Netflix hadir melalui Unifi TV bermula dari 23 Jun 2023

432
0

TM telah mengumumkan kerjasamanya dengan Netflix untuk membolehkan pelanggan perkhidmatan Unifi TV menikmati kandungan Netflix.

Bermula esok 23 Jun 2023, para pelanggan Unifi TV boleh menambah Netflix ke dalam pelan baharu atau sedia ada dengan mengunjungi Unifi Store berhampiran atau menghubungi 100 untuk mendapatkan maklumat lanjut pakej langganan pada harga promosi.

Antara promosi yang ditawarkan buat masa ini, pelanggan boleh menikmatinya menerusi langganan pakej Unifi TV Ultimate Max Pack pada harga RM89.90 sebulan, atau Ultimate Plus Pack untuk RM69.90 sebulan.

Turut ditawarkan pilihan menambah akses ke Netflix ke dalam pakej Ultimate Pack sedia ada yang berharga RM60 sebulan. Penambahan ke dalam pakej ini bagaimanapun membuatkan harganya menjadi lebih kurang sama dengan pakej Ultimate Plus Plan.

Lain-lain perkhidmatan penstriman yang disertakan di dalam pakej ini termasuklah Disney+ Hotstar, BBC player, Lionsgate Play, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan SIAR. Untuk pakej Ultimate Max Pack yang lebih tinggi harganya turut ditambah dengan pelan perkhidmatan Viu dan iQiyi.

Harga promosi ini bersempena dengan pengumuman kerjasama di antara Netflix dan Unifi TV dan ditawarkan dalam tempoh sepanjang tiga bulan ini.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Unifi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.