Utama Mobile Aplikasi Grab memberhentikan 1,000 kakitangannya sebagai langkah penjimatan

Grab memberhentikan 1,000 kakitangannya sebagai langkah penjimatan

186
0

Aplikasi perkhidmatan pandu seru dan penghantaran makanan Grab mengumumkan pemberhentian 1,000 orang kakitangannya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anthony Tan menyatakan keputusan sukar tersebut terpaksa dibuat bagi mengurangkan kos pengurusan syarikat.

Pengumuman pemberhentian berkenaan dibuat melalui surat yang dihantar kepada kakitangan melibatkan 11% daripada keseluruhan tenaga kerja. Pemberhentian ini juga tidak hanya melibatkan warga kerja di Singapura sahaja, malah melibatkan cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.

Grab telah dilaporkan mengalami kerugian bagi tempoh sukuan sebanyak US$250 million (~RM1.16 billion) pada Mei lalu. Bagaimanapun, Grab turut menyatakan pendapatan untuk suku pertama tahun ini meningkat kepada US$525 million (~RM2.44 billion), peningkatan sebanyak 130.3% dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.