Utama Mobile Aplikasi Netflix dijangka akan mula sekat Pengguna dari ‘Share Password’ menjelang Julai 2023

Netflix dijangka akan mula sekat Pengguna dari ‘Share Password’ menjelang Julai 2023

262
0
Netflix Password Sharing July 2023

Netflix sedang mengusahakan satu kaedah untuk menyekat pengguna-penggunanya dari berkongsikan kata laluan Netflix. Pada asalnya, ia dijadualkan untuk dilaksanakan di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum akan hadir ke pasaran-pasaran di rantau lain.

Pelaksanaan tersebut bagaimanapun telah ditangguhkan dan ditunda ke tarikh sekitar suku kedua tahun 2023. Ciri berkenaan telah diperkenalkan di empat buah negara dan pihak Netflix dilaporkan berpuas hati dengan keputusan pelaksanaan tersebut.

Berdasarkan hasil di keempat-empat buah negara tersebut, akaun-akaun pengguna Netflix akan mempunyai “lokasi utama” yang ditentukan berdasarkan sejarah akaun, rangkaian Wi-Fi rumah, dan data-data lain pengguna berkenaan.

Peranti yang tidak bersambungan dengan rangkaian “lokasi utama” berkenaan akan disekat aksesnya ke Netflix selepas 31 hari. Cara untuk mengelakkan dari sekatan tersebut hanyalah dengan memerlukan “pengguna tambahan” dari akaun tersebut membayar bayaran tambahan. Penambahan pengguna ini juga tidak disediakan kepada semua jenis pelan akaun Netflix.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana kaedah yang akan digunapakai apabila ciri sekatan perkongsian kata laluan Netflix ini apabila diperkenalkan ke pasaran Malaysia kelak.

Langkah memperkenalkan sekatan kata laluan ini juga pastinya mendapat tentangan dari sebahagian pengguna Netflix kerana mungkin menimbulkan kesulitan bagi pengguna yang mempunyai banyak peranti.

Selain itu, Netflix juga perlu mempertimbangkan sama ada langkah meningkatkan bilangan pengguna ini tidak memberikan kesan buruk jangka panjang yang mungkin membawa kepada penamatan akaun pengguna-pengguna sedia ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.