Utama Mobile Aplikasi Netflix halang kegiatan Kongsi Password di Malaysia Hari ini; Pengguna tambahan perlu...

Netflix halang kegiatan Kongsi Password di Malaysia Hari ini; Pengguna tambahan perlu bayar RM13 sebulan

572
0

Netflix telah memperhebatkan lagi operasi membanteras kegiatan perkongsian kata laluan antara pengguna dengan meluaskan ke lebih 100 buah negara termasuk Malaysia bermula dari hari ini. Ciri mencegah perkongsian kata laluan ini pertama kali dilaksanakan di Amerika Latin pada tahun lepas.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pelanggan hanya boleh berkongsikan akaun Netflix masing-masing dengan anggota di dalam satu isi rumah yang sama sahaja.

Jika berhasrat berkongsikan dengan pengguna di luar dari isi rumah tersebut, anda perlu menambahkan slot ahli baharu di dalam akaun Netflix berkenaan.

Di Malaysia, slot ahli tambahan ini berharga RM13 sebulan untuk satu ahli dan perlu dibayar oleh pemilik akaun. Bilangan ahli tambahan ini tertakluk dengan pelan yang diambil seperti Standard hanya seorang sahaja dengan Premium pula boleh menyokong sehingga dua ahli tambahan.

Ahli tambahan juga boleh menonton kandungan pada kualiti yang sama dengan pemilik akaun selain boleh menonton Netflix pada mana-mana peranti ketika berada di luar rumah.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan hanya boleh menggunakan Netflix untuk satu peranti sahaja dalam satu-satu masa. Untuk muat turun juga, hanya satu peranti sahaja yang dibenarkan.

Ahli tambahan juga akan disediakan dengan profil masing-masing dan boleh menetapkan had umur kandungan yang boleh ditonton. Cuma, buat masa ini tiada profil khusus untuk kanak-kanak yang disediakan. Slot ahli tambahan Netflix ini juga perlu diaktifkan di dalam negara yang sama dengan pemilik akaun.

Selain itu, slot ahli tambahan ini tidak ditawarkan pada akaun Netflix yang menjadi sebahagian dari pakej kandungan lain seperti Astro atau dengan pengebilan pihak ketiga.

Slot ahli tambahan ini juga hanya boleh dibeli menerusi pelayar web dan aplikasi web. Maklumat lanjut, layari laman soalan lazim Netflix.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.