Utama Samsung TV Samsung Neo QLED 2023 dilancarkan di Malaysia, Harga dari RM5,999 &...

TV Samsung Neo QLED 2023 dilancarkan di Malaysia, Harga dari RM5,999 & didatangkan bersama Soundbar siri Q

32
0

Samsung pada hari ini telah melancarkan siri TV Neo QLED 2023 dan Peti Sejuk BESPOKE Top Mount Freezer untuk pasaran Malaysia.

Untuk Neo QLED 2023, televisyen baharu keluaran Samsung ini menggunakan Neural Quantum Processor 8K yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (A.I.) dan pembelajaran mesin bagi menyediakan kualiti visual terbaik.

Selaku televisyen pintar mercu, ia mempunyai pelbagai ciri menarik yang meningkatkan mutu tontonan kandungan melaluinya. Antara yang ditawarkan  Auto HDR Remastering, Real Depth Enhancer Pro dan Perceptional Color Mapping

Selain itu, saluran atas pembesar suara televisyen ini juga dikuasakan oleh Dolby Atmos dengan Adaptive Sound Pro, yang akan mengadun semula dan memproses bunyi menggunakan AI.

Televisyen pintar ini juga didatangkan dengan aplikasi Gaming Hub yang menawarkan prestasi premium untuk penstriman, ketersesuaian aksesori dan naik taraf kualiti grafik secara AI.

Lain-lain ciri yang ditawarkan termasuklah Motion Xcelerator Turbo Pro dan FreeSync Premium Pro dapat meningkatkan mutu pengalaman permainan dengan resolusi 4K dan kadar penyegaran semula 144Hz.

Bermula dari hari ini, 25 Mei sehingga 11 Jun 2023, Samsung Malaysia kini menawarkan Cenderahati WOW bernilai sehingga RM6,499. Anda boleh membuat semakan harga dan promosi pelancaran televisyen Neo QLED 8K 2023 seperti berikut:

Model TV Harga Promosi
85″ Neo QLED 8K QN900C RM43,699 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q990C bernilai RM6,499
75″ Neo QLED 8K QN900C RM28,699 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999
65″ Neo QLED 8K QN900C RM21,699 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q930C bernilai RM4,999
85″ Neo QLED 8K QN800C RM32,699 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q800C bernilai RM3,999
75″ Neo QLED 8K QN700C RM18,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999
65″ Neo QLED 8K QN700C RM15,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q700C bernilai RM2,999
85″ Neo QLED 4K QN95C RM24,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
75″ Neo QLED 4K QN95C RM19,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
65″ Neo QLED 4K QN95C RM13,399 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
55″ Neo QLED 4K QN95C RM11,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
85″ Neo QLED 4K QN85C RM18,599 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
75″ Neo QLED 4K QN85C RM13,599 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
65″ Neo QLED 4K QN85C RM9,599 Percuma Q-Series Soundbar HW-Q600C bernilai RM2,599
85″ Neo QLED 4K QN80C RM15,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499
75″ Neo QLED 4K QN80C RM11,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499
65″ Neo QLED 4K QN80C RM7,199 Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499
55″ Neo QLED 4K QN80C RM5,999 Percuma Q-Series Soundbar HW-B650 bernilai RM1,499

Maklumat lanjut mengenai tawaran promosi pelancaran TV Neo QLED 8K, layari Samsung Malaysia Online Store.

Artikel sebelum iniNetflix halang kegiatan Kongsi Password di Malaysia Hari ini; Pengguna tambahan perlu bayar RM13 sebulan
Artikel seterusnyaPeti Sejuk Samsung BESPOKE Top Mount Freezer dilancarkan, Harga dari RM3,199
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.