Microsoft Malaysia baru-baru ini menegaskan tawaran menaik taraf ke Windows 10 secara percuma akan tamat pada 29 Julai 2016. Menurut statistik oleh syarikat perisian ini, 1 dari 2 peranti yang layak (menggunakan Windows 7 dan Windows 8.1) di Malaysia masih lagi belum mengambil sebarang tindakan menaik taraf.
Selain dari itu, Microsoft juga bakal menerbitkan Kemaskini Ulangtahun Windows 10 pada 2 Ogos ini. Antara fungsi-fungsi dan penambahbaikan terbaru yang diperkenalkan, termasuklah;
- Tahap keselamatan yang lebih baik. Penambahbaikan pada Windows Hello dan Windows Defender + Windows Defender Advanced Threat Protection (WDATP) serta Windows Information Protection bagi pengguna enterprise.
- Windows Ink; membolehkan pengguna menulis pada peranti sama seperti menulis pada atas kertas. Ia diintegrasikan dengan Microsoft Office dan aplikasi-aplikasi lain seperti Microsoft Edge dan Maps.
- Penambahbaikan pada Cortana. Akses pada bahagian atas lock screen. Lebih mudah untuk mengingati dengan kemampuan Cortana untuk menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat melalui penyegerakan antara peranti-peranti.
- Mempertingkat kecekapan penggunaan tenaga, komponen penyambungan dan kebolehcapaian dengan Microsoft Edge.
- Pengalaman kepermainan yang lebih baik; Melalui Xbox Play Anywhere, pemain-pemain boleh bermain permainan berjudul sama pada Windows 10 dan juga pada Xbox One, tanpa perlu membuat pembelian lain. Pada masa yang sama, data-data dan kemajuan yang dicapai pada judul permainan tersebut turut dikongsikan walaupun pada peranti berlainan.
- Pendidikan; Alatan-alatan terbaru yang lebih ringkas dan pantas bagi membantu warga pendidik menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan.
–Sumber berita diperoleh dari Microsoft Malaysia