Utama Mobile Aplikasi Aplikasi MySejahtera perkenalkan fungsi Pengesanan Penyakit Cacar Monyet

Aplikasi MySejahtera perkenalkan fungsi Pengesanan Penyakit Cacar Monyet

361
0

Aplikasi MySejahtera yang sebelum ini tidak lagi diwajibkan untuk digunakan ketika memasuki premis bermula dari 1 Mei lalu, kini boleh digunakan juga bagi tujuan pemantauan penyebaran penyakit cacar monyet.

Penyakit berkenaan kini direkodkan mempunyai lebih dari 200 kes di 21 buah negara. Sungguhpun wabak ini masih lagi belum dilaporkan berlaku di Malaysia setakat ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan risiko jangkita penyakit cacar monyet di kalangan penduduk di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kemaskini terbaru MySejahtera pada 27 Mei 2022 akan memperkenalkan fungsi baharu. Antaranya notifikasi pemakluman bagi orang ramai yang memasuki Malaysia dari negara yang mempunyai wabak endemik cacar monyet atau pernah mencatatkan rekod kes penyakit tersebut.

Negara-negara yang mempunyai kes cacar monyet

Antara negara yang mempunyai endemik penyakit cacar monyet termasuklah:

  • Cameroon
  • Congo
  • Nigeria
  • Republik Afrika Tengah

Manakala negara-negara yang bukan mempunyai endemik cacar monyet, tetapi mencatatkan rekod kes tersebut adalah:

  • Australia
  • Belgium
  • Kanada
  • France
  • Jerman
  • Itali
  • Belanda
  • Portugal
  • Sepanyol
  • Sweden
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat

Pengguna berkenaan yang menerima notifikasi tersebut akan dimaklumkan supaya memantau perkembangan kesihatan diri untuk selama 21 hari. Simptom-simptom yang disahkan boleh berlaku pada pesakit berkenaan termasuklah ruam yang teruk, sakit kepala, bengkak limpa, sakit-sakit otot dan kelesuan. Anda juga boleh membuat semakan mengenai cacar monyet melalui laman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Aplikasi ini juga boleh digunakan sebagai alat semakan kendiri di rumah bagi pesakit mengemaskini status kesihatan, lebih kurang sama seperti pengesanan pesakit COVID sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan memperluaskan kapasiti dan keupayaan MySejahtera untuk melakukan penjejakan kontak jika terdapat kes dan keperluan untuk mengekang penularan wabak cacar monyet di Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, garis panduan rasmi telah dikeluarkan bagi fasiliti kesihatan awam dan swasta bagi mengendalikan kes-kes cacar monyet. Ketika ditanya, Menteri Khairy Jamaluddin menyatakan buat masa ini tiada perancangan untuk melakukan imunisasi besar-besaran untuk penyakit ini. Walaubagaimanapun, vaksin sedia ada akan diagihkan kepada kontak rapat dan pekerja-pekerja kesihatan yang akan mengendalikan pesakit-pesakit wabak tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.