Pertama kali diperkenalkan pada peranti Huawei pada minggu lepas, kini giliran pengguna Android pula menerima fungsi MySJ Trace di dalam aplikasi MySejahtera. Fungsi baharu ini merupakan sebahagian daripada kemaskini terbaru aplikasi berkenaan v1.1.4.

MySJ Trace menggunakan Bluetooth bagi melakukan penjejakan kontak pada MySejahtera. Untuk membolehkan ia berfungsi, anda perlu membenarkan MySejahtera mempunyai akses secara berterusan untuk lokasi dan Bluetooth pada peranti anda.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan kesemua data yang digunakan oleh fungsi ini adalah secara awanama (anonymous).

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), data berkenaan hanya boleh diakses oleh KKM dan disimpan di dalam peranti pengguna selama 14 hari.

Untuk mendapatkan kemaskini ini, anda hanya perlu pergi ke laman aplikasi MySejahtera di dalam Google Play dan ketik pada butang kemaskini. Bagi pengguna Apple, kemaskini berkenaan dijangka bakal hadir dalam tempoh yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar