Utama Laptop Microsoft Microsoft Surface Laptop 5 akan memasuki pasaran Malaysia; Harga dari RM5,299

Microsoft Surface Laptop 5 akan memasuki pasaran Malaysia; Harga dari RM5,299

742
0
microsoft surface-laptop-5 malaysia price harga

Bulan lepas, Microsoft Malaysia telah mengetengahkan Surface Laptop 5 di laman web rasminya sejurus selepas pengumumannya. Kini, wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara telah mula membuka pra-tempahan laptop terkini keluaran Microsoft ini sejak beberapa hari yang lalu.

Micrososft Surface Laptop 5 menawarkan penambahbaikan dari segi perkakasan dalamannya sungguhpun menampilkan ciri rekaan yang sama seperti Surface Laptop 4. Sama seperti Surface Pro 9, model terkini ini menggunakan pemprosesan Intel Core Generasi Ke-12.

Selain dari itu, port USB-C pada laptop ini mampu menyokong Thunderbolt 4 dan USB 4.0 dengan dalam pada masa yang sama masih lagi menawarkan port USB-A, bicu audio 3.5mm dan port Surface Connect.surface-laptop-5-price malaysia-3

Menurut Microsoft, Surface Laptop 5 dengan skrin 13.5-inci memiliki tempoh penggunaan bateri selama 18 jam. Manakala bagi versi skrin 15-inci pula, laptop berkenaan mampu bertahan sehingga 17 jam.

Harga Microsoft Surface Laptop 5 di Malaysia

surface-laptop-5-price malaysia-1Pra-tempahan kini telah dibuka menerusi wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara seperti Gloo, Senheng, senQ, PC Image dan banyak lagi yang anda boleh semak menerusi laman web rasmi Microsoft Malaysia. Pelbagai tawaran hebat turut disediakan buat anda yang membuat pra-tempahan.

Berikut adalah harga bagi Surface Laptop 5 di Malaysia mengikut spesifkasi:

  • Surface Laptop 5 13.5-inci (Intel Core i5-1235U / 8GB RAM / 256GB SSD): RM5,299
  • Surface Laptop 5 13.5-inci (Intel Core i5-1235U / 16GB RAM / 512GB SSD): RM7,899
  • Surface Laptop 5 13.5-inci (Intel Core i7-1255U / 16GB RAM / 512GB SSD): RM8,899
  • Surface Laptop 5 15-inci (Intel Core i7-1255U / 8GB RAM / 256GB SSD): RM6,899
  • Surface Laptop 5 15-inci (Intel Core i7-1255U / 16GB RAM / 512GB SSD): RM9,399surface-laptop-5-price malaysia-2

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.