Utama Komputer Microsoft akan terbitkan kemaskini terbaru Windows 7 secara percuma kepada seluruh penggunanya

Microsoft akan terbitkan kemaskini terbaru Windows 7 secara percuma kepada seluruh penggunanya

1049
0

Tahun ini telah menyaksikan Windows 7 telah mencapai tarikh tamat sokongan rasminya dari Microsoft pada 14 Januari lalu. Kemaskini terakhir yang ditawarkan kepada penggunanya dinamakan sebagai KB4534310.

Walaubagaimanapun, kemaskini berkenaan dilaporkan memberikan masalah kepada sebahagian penggunanya kerana ia telah menyebabkan paparan skrin desktop menjadi berwarna hitam apabila disetkan kepada ‘Stretch’. Untuk pembaikannya, Microsoft telah menawarkan satu kemaskini Windows 7 terbaru secara percuma kepada penggunanya walaupun sudah melepasi tarikh tamat sokongan rasmi.

Terdahulu, Microsoft hanya menyediakan Extended Security Updates (ESU) pada Windows 7 hanya untuk organisasi atau syarikat-syarikat yang sanggup membayarnya. Justeru, pembaikan masalah skrin desktop bertukar menjadi hitam tersebut pada asalnya hanya untuk kumpulan pengguna yang menerima ESU sahaja.

Bagaimanapun, pihak Microsoft telah mengubah pendirian dan telah memutuskan untuk menerbitkan satu kemaskini pembaikan berkenaan kepada seluruh pengguna Windows 7.

“We are working on a resolution and will provide an update in an upcoming release, which will be released to all customers running Windows 7 and Windows Server 2008 R2 SP1,”

Penyediaan kemaskini pembaikan ini pastinya disambut baik oleh pengguna-pengguna yang terkesan dari masalah pada kemaskini terakhir Windows 7 yang lalu. Tambahan pula, adalah tidak manis jika Microsoft membiarkan pengguna-penggunanya terkontang-kanting berdepan masalah yang diakibatkan oleh kemaskini yang sepatutnya bertujuan membantu pengguna.

Sumber berita diperoleh dari The Verge 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.