Utama Mobile Aplikasi Microsoft dilaporkan bakal menyokong app Android di Windows 10 tahun depan; Emulasi...

Microsoft dilaporkan bakal menyokong app Android di Windows 10 tahun depan; Emulasi x86 untuk Pemprosesan ARM

452
0

Laporan terkini dari Windows Central menyatakan Microsoft akan memperkenalkan kemaskini besar-besaran terhadap Windows 10 pada tahun hadapan.

Windows 10X dijangka bakal membawakan pelbagai pengoptimasian ke laptop dwi-paparan dan PC berspesifikasi rendah.

Diperingkat awal, sistem operasi ini akan diperkenalkan kepada komputer-komputer berasaskan ARM. Seterusnya, menyaingi penawaran yang diberikan oleh ChromeOS dan iPad OS pada ketika ini. Selain dari sokongan untuk aplikasi-aplikasi Android, Windows 10X juga boleh mengoperasikan aplikasi-aplikasi Win32 melalui kemaskini yang akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Microsoft juga sedang mempertimbangkan untuk membawakan aplikasi-aplikasi Android ke dalam Microsoft Store Windows 10 tahund depan.

Untuk kemaskini berjadual yang akan datang, Microsoft merancang untuk memasukkan kemaskini kecil sekitar awal pertengahan tahun hadapan. Kemaskini disediakan bagi memberi ruang kepada kemaskini besar-besaran pada pertengahan tahun yang membolehkan PC berasaskan ARM menjalankan aplikasi Win32 melalui program emulasi x86.

Perkhidmatan “PC Awanan” yang baru juga dijangka turut akan diperkenalkan. Berdasarkan perancangan, perkhidmatan ini membolehkan pengguna “menstrimkan” Windows 10 melalui sambungan internet tanpa membebankan perkakasan PC terbabit.

Menurut Windows Central, keupayaan ini bakal memasuki fasa pratonton tidak berapa lama lagi dan bakal diluncurkan kepada pengguna pada tahun 2021.

Langkah pembaharuan besar-besaran Microsoft pada tahun hadapan ini diliihat sebagai respon kepada pelancaran komputer Mac berkuasa pemprosesan M1 dari Apple.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.