Penyedia jaringan antara bank di Malaysia, Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) dan bank-bank di bawah kendaliannya kini tidak mengenakan sebarang bayaran bagi perkhidmatan pemindahan dana segera antara bank (Inter-bank Funds Transfer, IBFT) selama tiga bulan.
Perkhidmatan bayaran sifar ini telah bermula 1 Oktober untuk transaksi atas talian dan juga perkhidmatan perbankan mudah alih bagi semua bank yang mempunyai kemudahan MEPS sehingga 31 Disember tahun ini.
Pengarag Urusan MEPS, Zulkanain Kassim menyatakan bahawa inisiatif yang ditunjukkan oleh MEPS dan bank-bank yang terlibat ini merupakan tanda sokongan terhadap perkhidamatan bayaran elektronik yang digerakkan oleh Bank Negara Malaysia.
“Bank-bank menawarkan perkhidmatan transaksi pemindahan dana segera ini secara percuma sehingga penghujung tahun ini sebagai langkah untuk mempromosikan dan juga mempercepatkan proses pemindahan dana (The banks are offering this instant transfer transactions for free till year-end to promote and speed up the take-up rate of funds),” ujar Zulkanain Kassim dalam kenyataannya sambil menambah bayaran bagi pemindahan segera melalui mesin ATM masih lagi kekal dengan bayaran 50 sen setiap transaksi.
15 buah bank yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pemindahan dana segera melalui perbankan internet adalah; Agrobank, Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Bank, Citibank, Hong Leong Bank, Kuwait Finance House, Maybank, OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered Bank.
Manakala enam buah bank iaitu Bank Islam, CIMB Bank, Citibank, OCBC Bank, Public Bank and Standard Chartered Bank pula menambah lagi kemudahan dengan memberikan perkhidmatan pemindahan dana segera ini kepada perkhidmatan perbankan mudah alih mereka.
Pada Jun lalu, MEPS menetapkan kadar siling bagi perkhidmatan IBFT masa-nyata mereka kepada 50 sen setiap transaksi. Ini merupakan pengurangan antara 50% hingga 80% yang mana sebelum ini bank-bank menetapkan bayaran perkhidmatan tersebut antara RM1 hingga RM4.
–Sumber berita diperoleh dari Bernama