Utama Teknologi GovTech Menteri Komunikasi: Kerajaan tiada hasrat untuk membangunkan Platform Media Sosial sendiri

Menteri Komunikasi: Kerajaan tiada hasrat untuk membangunkan Platform Media Sosial sendiri

117
0

Pihak kerajaan tiada rancangan untuk membangunkan platform media sosial sendiri yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia, menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau menyatakan kos untuk membangunkan platform media sosial amat tinggi. Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah menyelesaikan masalah-masalah lain yang lebih utama seperti sekolah-sekolah dan klinik-klinik yang daif.

Hujung minggu lalu, Fahmi menyatakan Putrajaya sedang mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan platform media sosial untuk rakyat Malaysia. Beliau menjelaskan cadangan ini timbul disebabkan oleh kebimbangan matlamat mengejar keuntungan berlebihan pada platform sedia ada. Selain itu, kaedah perlindungan pengguna yang longgar juga meningkatkan kebimbangan tersebut.

Foto oleh Magnus Mueller (Pexel)

Walaupun rancangan tersebut bukan lagi menjadi keutamaan, Menteri Komunikasi juga menggalakkan syarikat-syarikat swasta membangunkan platform media sosial sendiri. Beliau menambah, pihak kerajaan bagaimanapun tidak akan menghalang mana-mana pihak yang mempunyai hasrat sedemikian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.