Utama Android Huawei HONOR 9X Lite mula dijual di Malaysia dengan Harga RM699

HONOR 9X Lite mula dijual di Malaysia dengan Harga RM699

639
0

HONOR pada hari ini dengan secara rasminya telah mengumumkan penjualan Honor 9X Lite di pasaran tempatan. Bermula dari 28 Mei ini, pengguna boleh mendapatkan Honor 9X Lite menerusi laman rasmi HONOR Malaysia, Shopee dan HONOR Experience Stores (HES).

Pada harga RM699, HONOR turut menyediakan cenderahati percuma bagi pembelian secara dalam talian di laman web rasminya. Pembeli berpeluang menerima power bank HONOR 10,000mAh dan baucar RM70. Tawaran power bank ini turut disediakan bagi pembeli yang membuat pembelian menerusi HES dan Shopee.

Turut ditawarkan Magic Earbuds, Scale 2 dan Watch Magic bagi pembelian HONOR 9X Lite secara berkas pada harga RM1,399. Menurut HONOR, pembelian secara berkas ini bernilai RM1,796 jika dibeli secara berasingan.

Dikuasakan oleh Kirin 710, HONOR 9X Lite baharu lebih mirip dengan HONOR 9X kerana penggunaan cipset yang sama. Selain itu, HONOR 9X Lite turut menyokong Google Mobile Services.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.