Utama Mobile Android Meizu lancarkan Meizu MX6, dilengkapi penderia kamera CMOS Sony IMX386, bateri 3060...

Meizu lancarkan Meizu MX6, dilengkapi penderia kamera CMOS Sony IMX386, bateri 3060 mAh

975
0

Meizu telah melancarkan telefon pintarnya yang terbaru Meizu MX6 di Beijing, China semalam. Ia bakal dikenali sebagai telefon pintar yang memiliki kualiti pengimejan foto yang cantik serta amat tipis, pada 7.25 mm sahaja. Selain itu, ia juga mempunyai kerangka logam bagi memberikan ‘rasa’ premium.

Berikut adalah spesifikasi ringkas tentang telefon pintar ini;

  • Pemproses Helio X20 deca-core
  • 4GB RAM
  • Storan 32GB
  • Paparan 5.5-inch 1080p LCD
  • Berketebalan 7.25mm
  • Kamera belakang 12MP (Sony IMX386 CMOS sensor) + Kamera depan 5MP
  • Menampilkan penderia cap jari dan dual SIM dual standby
  • Menyokong sambungan VoLTE, 4G+ dan Cat. 6 LTE
  • Antaramuka Flyme UI yang berteraskan Android 6.0 Marshmallow
  • Bateri 3060 mAh

Oleh kerana telefon pintar ini memberi keutamaan terhadap kameranya, ia telah dilengkapi dengan PDAF, large 1.25um pixels dan aperture f/2.0 pada penderia kameranya. Telefon pintar ini turut mempunyai algoritmanya bagi mempertingkatkan kualiti imbangan warna dan mengurangkan hingar di dalam imej.

Malah, Meizu turut mendakwa kualiti imej yang dihasilkan oleh Meizu MX6 ini adalah setara dengan apa yang dihasilkan oleh Samsung Galaxy S7 Edge dan ianya dapat dibuat dengan lebih pantas.Meizu MX6

Selain itu, kemampuan unik telefon pintar ini adalah keupayaannya untuk dicas dengan kadar yang lebih cepat. Untuk pengecasan selama 10 minit, telefon pintar ini mampu bertahan selama setengah hari pada 12V 2A (bersamaan 24W).

Harga Meizu MX6 ini dijual pada 1999 Yuan (bersamaan lebih kurang RM1203). Ia mula dijual di China pada 30 Julai ini dan pendaftarannya boleh dibuat bermula petang semalam.

Sumber berita diperoleh dari Gizmo China

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.