Utama Mobile Aplikasi Platform Media Sosial dan Perkhidmatan Permesejan Internet perlu memohon Lesen bermula 1...

Platform Media Sosial dan Perkhidmatan Permesejan Internet perlu memohon Lesen bermula 1 Ogos ini -SKMM

246
0

Kesemua perkhidmatan media sosial dan permesejan internet dengan pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Ia merupakan satu kerangka baharu yang diperkenalkan bagi mengawal selia perkhidmatan media sosial dan permesejan internet bermula pada 1 Ogos ini dan akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, SKMM menyatakan ia adalah selaras dengan keputusan Kabinet untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi undang-undang di Malaysia. Ia bertujuan memerangi peningkatan aktiviti jenayah siber termasuk scam dan penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

SKMM menyatakan sebelum ini platform-platform tersebut telah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000. Hanya platform-platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan sahaja tertakluk kepada kerangka kawal selia baharu tersebut dan tidak melibatkan pengguna.

Kegagalan platform-platform dan penyedia perkhidmatan tersebut untuk mendapatkan lesen selepas tarikh kuasa adalah menjadi satu kesalahan. Menurut SKMM lagi, langkah baharu ini dapat menghasilkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan menambaik baik pengalaman pengguna terutamanya kepada kanak-kanak dan keluarga.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.