Google Drive telah menambahkan keupayaan untuk menyertakan kapsyen yang dijana secara automatik ke dalam video-video yang dimuat naik. Menurut laporan dari 9to5Google, ciri ini telah pun disediakan untuk semua akaun peribadi yang menggunakan perkhidmatan storan awanan berkenaan. Bagaimanapun, untuk pengguna Workspace kaedahnya sedikit berbeza.
Kapsyen tersebut dilihat menggunakan “teknologi pengecaman pertuturan bagi mentranskripsikan audio”. Ia sama seperti yang digunakan pada YouTube. Sebaik sahaja kapsyen berkenaan dijanakan, pengguna boleh mengaktifkan untuk sesebuah video dengan mengetik pada butang “CC” di dalam pemain media.
Pengguna Workspace juga mempunyai ciri tersebut diaktifnya kecuali jika ia dimatikan oleh pentadbir sistem organisasi yang menggunakan Workspace. Bagi pengguna peribadi, anda perlu memohon secara manual untuk mendapatkan kapsyen automatik selepas memuat naiknya ke Google Drive. Bagi video-video yang telah dimuat naik sebelum ciri ini diperkenalkan, anda perlu memohon secara manual kapsyen automatik untuk setiap video.
Menurut Google, ciri baharu ini diperkenalkan bagi menambah baik aksesibilti media yang disimpankan di dalalm Google Drive disamping menjimatkan masa tanpa perlu mewujudkan kapsyen secara manual. Buat maa ini, hanya English sahaja yang ditawarkan dan sokongan untuk bahasa-bahasa sedang dirancang pada ketika ini.