MEASAT-3d, satelit MEASAT yang kelapan telah berjaya dilancarkan ke angkasa lepas menggunakan roket Ariane 5 VA257 awal pagi ini. Pelancaran dilakukan pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia dari Pusat Angkasa Lepas Kourou di French Guiana. Roket Ariane 5 ini juga turut membawa bersama satelit GSAT-24 dari India.
Satelit ini juga merupakan satelit dari MEASAT yang keempat dilancakan dengan ArianeSpace sejak pelancaran MEASAT-1 pada 1996.
Pelancaran ini juga menandakan pelancaran pertama Ariane 5 bagi tahun 2022 dan merupakan kelima terakhir sebelum ia akan digantikan dengan roket pelancar angkasa lepas Ariane 6.

MEASAT-3d menggunakan satelit 3000 Eurostar yang dibina oleh Airbus. Satelit Kadar Celus Tinggi (High-Throughput Satellite, HTS) ini juga mampu menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar yang lebih pantas sehingga 100Mbps melalui Ka-band.
Melalui kapasiti tinggi sehingga 30Gbps, MEASAT mensasarkan untuk menghubungkan lebih dua juta rakyat Malaysia di luar bandar yang tidak menerima liputan internet rangkaian 4G atau melalui kabel gentian optik. Selain membawakan C-band, Ku-band dan Ka-band, MEASAT-3d juga akan membawakan Q dan V band yang merupakan pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.
Kedua-dua jalur berfrekuensi tinggi ini akan digunakan bagi mengkaji kesan perambatan (propagation) tinggi di kawasan yang tinggi taburan hujannya sebagai persediaan menghasilkan rekaan satelit MEASAT generasi akan datang yang lebih baik.
MEASAT-3d juga membawakan hos muatan navigasi L-band tambahan bagi Korea Augmentation Satellite System (KASS) untuk KTSAT.
Mengulas mengenai kejayaan pelancaran ini, Ketua Pegawai Operasi MEASAT Yau Chyong Lim, menyatakan:
“The team at MEASAT are delighted at today’s successful launch and I would like to thank everyone for their hard work. On behalf of MEASAT, I would also like to thank the Ministry of Communications and Multimedia and the Malaysian Communications and Multimedia Commission for their continuous support. This successful launch would not have been possible without the collaboration of the personnel at the Ministry and agency. We are committed to driving Malaysia’s national communications vision forward. With MEASAT-3d, we will be better positioned to support the Government’s target to achieve 100% internet access by 2025, by filling the broadband gap in locations without 4G, 5G or fibre coverage.”
Selain bertujuan memperluaskan capaian internet jalur lebar sehingga 100% di Malaysia, MEASAT-3d juga membolehkan Maxis memperluaskan liputan di kawasan luar bandar yang terpencil dengan menggunakan satelit secara angkut balik (backhaul). Ia juga akan memperluaskan keupayaan Astro dalam menyediakan kandungan video 4K dan 8K ke setiap kediaman dan premis di Malaysia.
Dalam tempoh beberapa hari lagi, satelit MEASAT-3d akan akan dinaikkan dari orbit geo-pemindahan ke dalam orbit geopegun pada 91.5°E secara hotslot bersama-sama MEASAT-3a dan MEASAT-3b. Satelit ini kemudian akan menjalani pengujian selama lebih kurang sebulan sebelum boleh memulakan operasi komersilnya.