Utama Laptop Dell Maybank beri bantuan Laptop percuma RM 6.5 juta melalui Tabung CERDIK

Maybank beri bantuan Laptop percuma RM 6.5 juta melalui Tabung CERDIK

914
0
Inisiatif Cerdik

Maybank baru-baru ini telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 6.5 juta disediakan bagi sumbangan laptop dan pelan data percuma untuk pelajar B40 melalui Tabung CERDIK.

Inisiatif Tabung CERDIK merupakan tanggungjawab sosial yang mengumpulkan dana dari 15 buah syarikat GLC dan GLIC tempatan yang terdiri daripada:

  • Khazanah Nasional Berhad
  • Permodalan Nasional Berhad
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Petronas
  • Maybank
  • dan lain-lain

Ia telah diperkenalkan di dalam Belanjawan 2021 pada November tahun lalu dan disasarkan akan menyediakan sebanyak 150,000 unit laptop kepada pelajar-pelajar yang layak di 500 buah sekolah.

Pelajar-pelajar yang layak untuk menerima program Maybank-CERDIK ini akan menerima sebuah laptop DELL Latitude 3310 bersama-sama dongle dan langganan pelan data mudah alih untuk selama 12 bulan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.