Utama Android Nubia Nubia RedMagic 6R memasuki pasaran Malaysia; Berharga dari RM 2,099

Nubia RedMagic 6R memasuki pasaran Malaysia; Berharga dari RM 2,099

830
0
Nubia RedMagic 6R

Nubia RedMagic 6R merupakan telefon pintar mengkhususkan permainan mudah alih dengan menawarkan spesifikasi yang tinggi.

Telefon Nubia ini dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 888, paparan AMOLED 144Hz 6.67-inci dan butang bahu. Kesemua spesifikasi tinggi telefon ini ditawarkan pada harga yang amat berbaloi iaitu bermula dari RM 2,099 di pasaran Malaysia.

Selain dari ciri spesifikasi yang dinyatakan tadi, telefon Nubia ini juga menawarkan pilihan RAM sehingga 12GB, dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB mengikut varian.

Tidak lengkap sesebuah telefon tanpa baterinya, oleh itu bateri yang digunakan oleh telefon Nubia ini berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 55W.

https://www.youtube.com/watch?v=Zu_iTyaUJ6M

Selaku telefon yang mengkhususkan pada fungsi permainan mudah alih, telefon Nubia ini juga menyediakan sokongan penyejukan bagi mengelakkan peranti menjadi terlampau panas ketika sedang bermain. Selain itu, butang bahu yang disediakan di sebelah sisinya mampu mempertingkatkan kecekapan ketika memainkan sesebuah permainan mudah alih.

Telefon ini juga menggunakan antaramuka RedMagic OS 4.0 yang berasaskan Android 11. Selain itu, perisian-perisian di dalamnya juga telah dioptimasikan bagi tujuan penambahbaikan kualiti bagi permainan mudah alih.

Kamera Nubia RedMagic 6R

Pada bahagian belakangnya, disediakan kuad-kamera dengan sensor Sony IMX 682 64MP berperanan sebagai kamera utama. Turut disediakan dalam konfigurasi kuad-kamera ini ialah satu sensor ultra-lebar 8MP, sensor makro 5MP dan sensor makro 2MP.

Kamera di belakangnya ini berkeupayaan menangkap imej pegun beresolusi sehingga 2160p. Bagi rakaman video pula, ia mampu merakamkan video beresolusi 4K pada 30 atau 60fps dan 1080p pada 30fps, 60fps, 120fps atau 240fps. Juga tidak dilupakan sebuah kamera lebar 16MP disediakan pada sebelah hadapannya yang berfungsi sebagai kamera swafoto.

Telefon Nubia model baharu ini ditawarkan dengan dua varian untuk pasaran Malaysia iaitu:

  • Nubia RedMagic 6R (8GB RAM dan 128GB) – RM 2,099
  • Nubia RedMagic 6R (12GB RAM dan 256GB) – RM 2,599

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Nubia RedMagic 6R (8GB RAM dan 128GB) dan Nubia RedMagic 6R (12GB RAM dan 256GB), anda boleh mendapatkannya sekarang di Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.