Utama Mobile MaxisONE Prime kini tawar Home Broadband 50Mbps – RM367 sebulan

MaxisONE Prime kini tawar Home Broadband 50Mbps – RM367 sebulan

739
0

Dilancarkan sekitar awal bulan lepas, MaxisONE Prime – gabungan pakej pascabayar mudah alih dan Home Broadband dari Maxis yang menyediakan pelan merangkumi data mudah alih tanpa had, panggilan tanpa had dan SMS tanpa had, kini menawarkan pelan Home Broadband 50Mbps pada RM367.

Sebelum ini, harga berkenaan ditawarkan untuk pakej MaxisONE Prime Home Broadband 30Mbps dan pelanggan MaxisONE Prime yang menggunakan pelan 50Mbps dikenakan bayaran sebanyak RM407 sebulan.

Sama seperti promosi pelan Maxis Home Broadband tunggal yang diumumkan semalam, promosi ini hanya ditawarkan dalam tempoh 24 bulan sahaja. Selepas tempoh berkenaan tamat, pelanggan akan dikenakan pada kadar asal RM407 sebulan.

Lain-lain pelan pakej MaxisONE Prime masih lagi kekal sama seperti yang ditawarkan pada asalnya. Maklumat lanjut, layari laman web MaxisONE Prime.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.