Utama Mobile Android Xpax buka pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro pada RM199 sebulan

Xpax buka pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro pada RM199 sebulan

831
18

Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar terbaru Huawei Mate 10 Pro, anda boleh mendapatkannya secara pra-tempahan melalui Xpax. Pelan prabayar Celcom ini menawarkan kadar RM199 sebulan dengan Xpax EasyPhone.

Seperti mana yang ditawarkan melalui pra-tempahan Huawei, Xpax turut menyediakan cenderahati yang sama bagi anda yang berminat membuat pra-tempahan Huawei Mate 10 Pro bermula dari hari ini hingga 23 November 2017. Melalui Xpax EasyPhone pembelian peranti ini turut didatangkan bersama kontrak selama 24 bulan.

Turut disediakan bersama-sama pakej pelan prabayar ini adalah RM30 kredit prabayar yang akan diberikan kembali kepada pelanggan pada setiap bulan untuk tempoh selama 24 bulan. Juga, pelanggan boleh membuat pilihan untuk menambah pelan perlindungan peranti pada kadar RM23 sebulan.

Pelan Xpax EasyPhone ini merupakan pelan ansuran dari Celcom yang membolehkan pengguna memiliki telefon pintar baru secara berhutang tanpa kad kredit dan sifar bayaran pendahuluan. Layari Xpax untuk maklumat lanjut.

18 KOMEN

    • Ni plan baru dari celcom, mmg bagus… selain blh buat secara ansuran dia bebas pilih pelan apa yg anda nak… jika biasa Mate 10 Pro kena ambil paling mahal plan baru blh…

    • memang susah kalau dapat plan tak bagus, tapi i dengar servis telco ni ok juga lah, kawan saya pun tak complain apa-apa dengan telco ni, jadi saya rasa plan dia pun ok juga.

    • Syarikat Xpax tu line nya bagus, aku sudah guna utk bbrp tahun pun x ade masalah, pergi ke mana2 pun x ade masalah, x mcm syarikat yg lain kadangkala H+ pun x dpt…

      • Tapi jika x mampu nak bayar down payment ini easyphone mmg bagus…
        x paya sekali gus ambil berapa ribu keluar… selagi jika lain telco tukar ke celcom dpt device protection juga… tapi kena bayar la… haha

    • itula siapa cepat siapa dapat… ini promosi bukan selalu ada… dulu semua kena bayar down payment…
      jadi aku pun x tahan dah beli satu… sebulan setarus lebih shj…

  1. xpax celcom ni makin x kelentong, baik hari tu aku ambil maxisOne,
    bayar rm1 je siap ambil fon terus. senang register.
    xde macam easyphone susah giler , minta byk documents gaji

    • lain… kalau ambil maxis one kena ambil plan yg paling mahal baru boleh pilih smartphone…
      jika murah plan semua samsung yg x guna… easyphone ni blh bebas pilih salah 21 biji smartphone dan bebas pilih plan mana2 anda suka… ini beza dia…

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.