Utama Apple Pelanggan Maxis kini boleh terus tukar SIM Fizikal kepada eSIM dalam iPhone

Pelanggan Maxis kini boleh terus tukar SIM Fizikal kepada eSIM dalam iPhone

1743
0
maxis eSIM Quick Transfer-iPhone-3

iOS 16.2 membawakan sejumlah ciri dan kemaskini keselamatan baharu seperti menukarkan kad SIM fizikal kepada eSIM secara terus melalui iPhone. Ciri tersebut kini boleh dilakukan oleh pelanggan-pelanggan Maxis yang ingin menggunakan eSIM.

Pengguna iPhone juga boleh memindahkan sendiri eSIM sedia ada dari peranti lama kepada iPhone atau iPad masing-masing. Sebelum ini, para pelanggan perlu mengunjungi kedai Maxis berhampiran untuk melakukan pemindahan tersebut.

Untuk berpindah dari kad SIM fizikal sedia ada di dalam iPhone anda ke dalam bentuk eSIM, pergi ke Settings > Mobile Data > Convert to eSIM. Ikuti arahan yang diberikan sehingga ke laman Maxis eSIM Transfer untuk memasukkan nombor ID pemilik dan juga alamat emel anda.

Sebaik sahaja perincian-perincian tersebut disahkan, sistem akan menghantarkan satu kod OTP SMS. Anda seterusnya akan menerima pemakluman “eSIM transfer successful” pada skrin anda untuk menunjukkan proses pemindahan telah selesai.maxis eSIM Quick Transfer iPhone-2

Bagi memastikan pemindahan yang lebih lancar, anda perlu memastikan iPhone anda bersambungan dengan rangkaian Wi-Fi yang stabil. Untuk makluman, ciri eSIM ini hanya ditawarkan untuk model iPhone 11 dan ke atas dengan kemaskini iOS 16.2.

Perkhidmatan baharu ini juga hanya ditawarkan kepada pelanggan pelan pascabayar (postpaid) Maxis sahaja memandangkan penawaran pelan prabayar oleh syarikat ini ditawarkan melalui Hotlink.

maxis eSIM Quick Transfer iPhone-1

Buat masa ini, hanya Maxis sahaja yang menawarkan sokongan eSIM Quick Transfer di Malaysia setakat ini. Maklumat lanjut mengenai eSIM, layari laman web rasmi Maxis.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.