Utama Komputer Maksud bunyi-bunyi beep yang dihasilkan sewaktu PC dihidupkan

Maksud bunyi-bunyi beep yang dihasilkan sewaktu PC dihidupkan

9477
0

PC yang mempunyai masalah ketika dihidupkan akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ dan bunyi-bunyi beep yang dihasilkan ini mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri bergantung kepada masalah apa yang berlaku terhadap PC berkenaan.

Ibarat enjin kereta sewaktu dihidupkan, anda tentu sedia maklum bagaimana bunyi enjin kereta anda jika tiada sebarang masalah berlaku. Anda mungkin lekas mengetahui sebarang masalah pada enjin anda sebaik sahaja deruman enjin anda menghasilkan bunyi-bunyi yang anda rasa ganjil.

Bunyi-bunyi beep yang dihasilkan oleh PC anda lebih kurang seperti kod Morse yang dihasilkan dalam bahasa BIOS bertujuan memberitahu kepada anda tentang keadaan semasa PC. Sebaik sahaja anda menghidupkan PC, sebuah program yang dinamakan sebagai POST (Power On Self Test) akan dimulakan. Pengujian segera ini merupakan cara untuk PC anda membuat penilaian sama ada semuanya dalam keadaan baik sebelum meneruskannya ke jujukan but (boot sequence).

Hasil keputusan pengujian POST ini dapat dilihat oleh pengguna melalui paparan monitor pada PC. Namun, hasil keputusan pengujian ini tiada maknanya andai sambungan ke paparan PC anda bermasalah sewaktu proses POST dilakukan.

Oleh yang demikian, pengeluar BIOS telah membuat satu sistem yang berfungsi sebagai panduan mendiagnosa kerosakan melalui bunyi-bunyi yang dihasilkan. Terdapat juga sesetengah pengeluar yang menghasilkan papan induk yang memaparkan kod-kod kerosakan melalui paparan tujuh ruas seperti di dalam gambarajah dibawah.

Imej diperoh dari Guru3D

Bunyi-bunyi beep seperti yang diterangkan di atas adalah bergantung dengan jenis kerosakan yang berlaku. Selain itu, bunyi beep yang dihasilkan bergantung dengan jenis model dan jenama papan induk berkenaan. Berikut adalah pautan ke kod-kod bunyi beep yang dihasilkan mengikut jenama papan induk;

Memahami maksud bunyi-bunyi beep ini hanyalah langkah mukadimah untuk anda melakukan baik pulih seterusnya. Sebaik sahaja anda sudah mengenalpasti, mungkin anda perlu menggantikan perkakasan-perkakasan yang bermasalah seperti RAM, hard disk dan sebagainya.

Sebelum itu, anda perlu memeriksa betul-betul pada sambungan-sambungan diantara perkakasan. Pada kebanyakan masa, bunyi beep yang dihasilkan ini biasanya disebabkan masalah RAM yang tidak dimasukkan dengan betul ke dalam ruang slotnya.

Semoga panduan yang diberikan ini dapat membantu anda memudahkan kerja-kerja membaiki PC.

Imej diperoleh dari Apps Blogger Blogspot

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.